Thursday 28 February 2013

Tepung Talam Gandum

(sumber : daridapurmaisya.blogspot.com)

Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.

* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.


Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
(Komen Saya : - Resepi tepung talam ni copy/paste dari blogger 'daridapurmaisya' sukatan yang diberikan cukup untuk tray saiz 10" x  10". Rasa manisnya cukup tidak terlalu manis dan kejadian kuih pun cantik, jika ada air bertakung jangan risau boleh guna kertas kitchen towel untuk membuang lebihan air.)

SUP AYAM





Bahan-bahan :-
(A)
Bawang besar 1 labu
bawang putih   5 ulas
halia (besar ibu jari)
(blend semua bahan diatas)
(B)
kulit kayu manis 1 inci
buah pelaga  5 biji
bunga lawang  2 kuntum
bunga cengkih 5 kuntum
serai 1 batang
(C)
rempah sup 1 peket kecil
rempah kurma 1 peket kecil
(bancuh kedua-dua rempah)
(D)
Ayam 8 atau 10 ketul
Ubi kentang 3 biji
Carrot 1 batang
Air secukupnya
Garam 
Kiub Ayam 1
Buah Tomato 2 biji
(E)
Bawang Goreng
Hirisan DAun sup & daun bawang
(untuk ditabur diatas sup sebagai hiasan)

Cara memasaknya :-

Tumiskan Bahan A dan B sehingga wangi.
Masukkan Bahan C dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan bahan D kecuali buah tomato dan masak sehingga empuk.
Setelah empuk masukkan buah tomato yang dipotong 8 dan tunggu sebentar.
Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang.

RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...