Thursday 3 March 2016

RESEPI TALAM UBI

Semalam singgah kedai runcit dekat rumah ternampak ada jual ubi kayu. Selalunya tak pernah ada, tiba-tiba tekak terasa nak makan kuih-kuih basah. Kebetulan ada customer order request kuih talam ubi. Apalagi saya beli 1 kg ubi kayu. Dengan bersemangatnya saya kembali ke rumah dan mencari resepi kuih talam ubi yang saya pelajari dari kelas Chef Asma. Tapi hampa sebab nota dah hilang....huhuhu ! Saya terus google resepi talam ubi, akhirnya saya jumpa beberapa resepi kuih talam ubi ni. Rancangan asal nak buat Talam Ubi Gula merah tapi tak jadi sebab gula merah tak ada....huhuhu lagi !

Akhirnya saya nekad untuk redah saja buat kuih talam ni, jadi ke tak jadi belakang kira. Untuk lapisan  bawah sukatan saya buat sendiri,. 

Bahan untuk lapisan bawah
gula pasir 300 gm
ubi kayu 1 kg parut, perah buang airnya (tak timbang selepas parut)
santan cair 300 ml
sedikit garam 
pewarna kuning

campurkan semua  bahan ke dalam periuk dan masak atas api sehingga agak likat. lepas tu masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan minyak. Kukus selama 25 minit. (next time kena tambah tepung jagung sikit)

Bahan untuk lapisan atas (sumber rujukan: Blog Mat Gebu)
santan pekat 600 ml
tepung gandum 40 gm
tepung beras 70 gm
Garam

Masukkan semua bahan (saya tak tapis pon terus masak atas api. Kacau sampai berwap dan tutup api. Tuangkan keatas lapisan bawah. Kukus lagi 25 minit.

Hasil nya.......






Hehehe.... nampak comot sikit.  Ok la tu , nak makan sendiri kan tapi rasanya memang sedap. 

: P








1 comment:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalam...
Sedap tu talam ubi... sy pun suka. Tapi bab nak memarut ubi yang paling bercinta... hihi...

RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...