Tuesday, 18 June 2013

KEK RED VELVET KUKUS

Salam ! N3 kali ni nak citer pasal Kek Red Velvet ni. Camner aku boleh terjebak nak buat kek ni. Selama ni kalau kat rumah aku selalu buat kek coklat ajer ....beli kat kedai pun kek coklat jugak. Tak pernah buat kek fesyen yang lain sikit. Resepi kek ni dah banyak orang buat aku je yang tak pernah cuba. Asyik belek2 resepi dari blogger lain jer. Tak tau kenapa tak terlintas nak buat kek ni walaupun untuk anak2. 

Masa aku 'tersadai' di HUKM selama hampir 2 bulan, (aku kena tahan hospital sbb pendarahan teruk, placenta previa type 3 + suspected placenta acreta.....hah ! tu dia ......doktor2 mesti terer menatang amende nih !) dah tak bole balik umah walau 1 hari pun. Nak jumpa anak2 pun seminggu sekali jer. Entah camner, anak no.2 minta aku buat kek untuk harijadi dia. Aku terkedu.....pikir jugak camner nak buat kek kan aku kat spital. Suruh laki aku belikan kek, masalah pulak sebab dia tak tau nak pilih kek, selama ni aku jer yang pilihkan. Sedih tengok anak2 makan donut jer beli kat BIG APPLE. Jadi aku promise ngan anak2 yang........" mak akan buatkan kek bila mak kuar dari spital". Anak2 aku pun tunggu sampai la aku bersalin. Hari pertama jejak kaki kat umah.... Anak2 aku dah beratur ngan buku2 resepi, tiap2 sorang pegang satu buku. Lepas sorang2 datang tunjukkan ape yang diaorang nak makan dan red velvet adalah kek yang pertama aku google masa aku tengah cuti pantang. Anak2 aku memag teruja bila nampak kek ni tapi diaorang terpaksa tunggu lagi sehingga aku abis pantang........Haaa.....itu citer beberapa bulan yg lepas skrg baby aku dah besar, umurnya dah 6 bulan. Panjang la citer aku ni.............!!!!

OK ! Resepi ni aku tak ingat aku ambil dari blog sape sebab salinan asalnya entah kemana menghilang, yang ada hanya contengan di atas kertas yang aku lekatkan di peti ais. Ape2 pun terimakasih kepada tuan empunya resepi ni kerana kongsi resepi.

Bahan2 :-

3 1/2 cwn tepung gandum

170 gm unsalted butter (aku guna marjerin biasa)
2 cwn gula castor
3 biji telur

6 s/b red colouring
3 s/b cocoa powder
1 1/2 sk esen vanila

1 1/2 sk garam
1 1/2 cwn buttermilk (susu cair campur perahan jus limau)

1 1/2 sk cider vinegar / cuka biasa 
1 /1/2 sk baking soda

Cara membuatnya :-

1. Pukul butter, gula castor dan telur hingga kembang n gebu.
2. Masukkan red coluring, cocoa powder dan sen vanila. Pukul lagi
3. Masukkan garam dan buttermilk diselang-selikan dengan tepung gandum. Pukul hingga abis.
4. Akhir sekali. campur baking soda dengan cuka biasa tunggu hingga berbuih dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Pukul rata.
5. Kukus selama 25 minit. (aku guna bekas food container 1 kg macam kat gambar tu. 1 bancuhan dapat 3 container)



cream cheese frosting
500 gm cream cheese (guna brand Tatura)
250 gm mentega
200 gm gula aising
1 sudu jus lemon

Pukul kesemua bahan sehingga kembang.
Sapu/hiaskan keatas kek mengikut kesukaan masing2.

yang ni versi kukus (aku suka......sedap)

yang ni versi bakar (buat cupcake sebab nak senang masak)


p/s : kalau nak lebih sedap gunalah bahan yang berkualiti. Aku suka guna bahan yang ada kat dapur aje asalkan menjadi dan sedap.

8 comments:

Shurhanim Mohd Noor said...

Nak tanya serbuk merah yang ditabur atas kek tu ape? ambik dari kek yang kita masak ke?

Naddia Mokhtar said...

Salam Shurhanim....

yg kat atas kek tu bukan serbuk merah. Kita amik dari kek red velvet juga...ramas2 samapai jd berderai pastu tabur jer.......

Shurhanim Mohd Noor said...

salam. resepi yg kukus ni boleh jugak bakar ye..sama kaedah ke. nak tau suhu.

Anonymous said...

salam. nak tanya, yang baking soda tu maksudnya apa? baking powder or soda bicarbonate?

Cœur said...

Baking soda? Baking powder or soda bikarbonat?

Cik Azah Emirates said...

Baking soda = baking powder+soda bikarbonat

Naddia Mokhtar said...

Salam Smua ! ....baking soda tu......soda bikarbonat.....

Unknown said...

Assalam, nadhomebakery.. nk tanya, klu guna tepung red velvet instant tu mcm mana ya? Adakah saya tidak perlu guna certain bahan dlm resepi yg nadhomebakery kongsikan ni?

TEMPHAN KUIH-MUIH, ROTI, PASTRI DAN LUNCH BOX

Nadhomebakery masih menerima tempahan untuk kuih-muih, roti, pastri dan lunch box. Terimakasih kepada yang telah membuat tempahan dengan sa...