Sunday 26 May 2013

Apam Polkadot

N3 kali ni nak cite pasal apam polka yg nyaris x jadi pada hari jumaat lepas. Dah 2 thn wat apam polka x pernah x menjadi akhirnya dugaan dtg selepas hampir setahun rehat x wat kuih....huhuhu.....apasal la apam polka dot aku jad cam niiii.......kejadiannya sungguh menyedihkan............


 Dah 2 kali naik kukus masih jd camni. Tak leh nak pikir kat mana silapnya. Tension betul la time org tempah lak dia buat perangai. Akhirnya aku nekad buat bancuhan baru. Biar rugi sikit tak pe asalkan puashati.


Akhirnya, apam polka dot aku kembali. Walaupun x sesempurna yg aku harapkan tapi demi mengejar masa aku terpaksa berpuashati dengan hasilnya. Insyaalah aku akan perbaiki skil aku, kadang2 perkara yg kita dah biasa buat/ingat kalau ditinggal dlm satu jangkamasa yg agak lama kita bole terlupa. Waaaaa........!!!!!!! (baby aku x meragam aku lak yg meragam!!!!)


Kepada Cik Linda yg order tu mintak maaf banyak2 la kalau apam polka kita sehebat mana ye!!! Dan tima kasih banyak yek sbb order ngan kita. (Lepas ni jgn segan nak mengorder lagi) :) :) :)


.

Thursday 23 May 2013

Cheese Tart dan Tart Nenas







Tempahan daripada staff MIT Insurance Broker. Nama tak ingat la.....ape pun tima kasih banyak2 sebab rajin order.



Tuesday 14 May 2013

JUALAN PROMOSI DI PASAR TANI TASIK SRI PERMAISURI, BANDAR TUN RAZAK

ASSALAMMUALAIKUM !

NADHOMEBAKERY...... AKAN MENGADAKAN JUALAN PROMOSI SEPERTI BERIKUT :-

TARIKH   :  18/05/2013 DAN 25/05/2013.
TEMPAT  :  PASAR TANI FAMA, TASIK SRI PERMAISURI,     
                  BANDAR TUN RAZAK. CHERAS, KL
MASA      :  7 PAGI  -  12 TENGAHARI.
PRODUK : FRUIT TART
                  CHEESE TART
                  COCONUT TART
                  EGG TART
                  TART NENAS  DLL........  

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Tuesday 16 April 2013

Thursday 28 February 2013

Tepung Talam Gandum

(sumber : daridapurmaisya.blogspot.com)

Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.

* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.


Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
(Komen Saya : - Resepi tepung talam ni copy/paste dari blogger 'daridapurmaisya' sukatan yang diberikan cukup untuk tray saiz 10" x  10". Rasa manisnya cukup tidak terlalu manis dan kejadian kuih pun cantik, jika ada air bertakung jangan risau boleh guna kertas kitchen towel untuk membuang lebihan air.)

SUP AYAM





Bahan-bahan :-
(A)
Bawang besar 1 labu
bawang putih   5 ulas
halia (besar ibu jari)
(blend semua bahan diatas)
(B)
kulit kayu manis 1 inci
buah pelaga  5 biji
bunga lawang  2 kuntum
bunga cengkih 5 kuntum
serai 1 batang
(C)
rempah sup 1 peket kecil
rempah kurma 1 peket kecil
(bancuh kedua-dua rempah)
(D)
Ayam 8 atau 10 ketul
Ubi kentang 3 biji
Carrot 1 batang
Air secukupnya
Garam 
Kiub Ayam 1
Buah Tomato 2 biji
(E)
Bawang Goreng
Hirisan DAun sup & daun bawang
(untuk ditabur diatas sup sebagai hiasan)

Cara memasaknya :-

Tumiskan Bahan A dan B sehingga wangi.
Masukkan Bahan C dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan bahan D kecuali buah tomato dan masak sehingga empuk.
Setelah empuk masukkan buah tomato yang dipotong 8 dan tunggu sebentar.
Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang.

RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...