Tuesday 29 April 2014

BEKERJA DARI RUMAH


Asslammualaikum & Salam 1 Malaysia...............


(Arina Balqis, anak no.2)

Dah lama tak update blog ni ! Kali ni tak ada nak update resepi atau share any gambar, cuma nak berceloteh (ala meroyan jap ! ) kat sini. 

Semenjak sibuk kembali berniaga (ada buka gerai di Jalan Ikhlas, Bandar Tun Razak)......tidak mengizinkan saya (kali ni kita tak gunakan perkataan 'aku' sebab rasanya dah tak sesuai kot..heheheh...) untuk selalu mengadap komputer. 

Kesibukkan menguruskan perniagaaan, anak-anak dan rumahtangga adalah satu cabaran yang saya tempuh dengan rela hati. Bukan satu tugas yang mudah untuk mengawal supaya semuanya berjalan lancar dan selalunya tidak akan menjadi seperti yang dirancang....sentiasa ada cabaran/dugaan yang timbul. 

Dulu, saya bekerja makan gaji.......saya buat keputusan untuk berhenti kerja terburu-buru akibat dari tekanan di tempat kerja (anak baru satu masa tu berusia 6 bulan). Selepas 3 bulan.....saya jadi buntu, ialah dulu dah biasa pegang duit sendiri, bila berhenti kerja...tak ada duit ! walaupun suami ada menyediakan tapi rasanya tak sama dengan mempunyai duit dari hasil titik peluh sendiri. 

2004.....dipenghujung tahun saya mula menjadi teman setia kepada komputer. Melayari Internet berjam-jam sambil mengasuh anak. Saya mula dengan mencari resepi......blog yang selalu saya masuk masa itu Hanieliza dan Resepi Diana, dari dua blog yang terkenal masa itu saya mula menjelajah ke blog-blog yang lain.....dan saya mula taksub mencari apa saja kerja yang boleh dilakukan dirumah dan seringkali amat mengecewakan kerana tidak seperti yang diharapkan. 

Saya ingat lagi resepi yang selalu saya cuba adalah donut. Ya Allah ! punya la seksanya nak buat donut....asal buat jer tak jadi. Bayangkan la anak umur dah setahun donut saya masih tak lembut dan gebu.....pernah baling ke dinding donut tu jatuh seketul jugak kat lantai ! Buat kek jangan cakap la.....selalu bantat !......puas fikir kat mana silapnya. Nak ambil kelas/kursus, saya tak mampu sebab tak ada duit nak bayar. Setiapkali baca resepi2 yang telah dicuba oleh blogger2 dan melhat gambar yang asyik diulang tayang, membuatkan saya terfikir apa silap saya....mesti ada dan selepas beberapa ketika baru saya sedar saya selalu 'menderhaka' kepada resepi2 yang dicuba. Nak tau kenapa?!!!......resepi tulis telur gred A.....saya guna telur gred C........resepi tulis tepung 3 cawan....saya letak 4 cawan......haaa macam tu la namanya 'mendehaka' kepada resepi. Apa-apa pun ianya memang mengambil masa untuk mendapatkan hasil yang memuaskan......Ini cara saya kerana masa tu saya memang tak mampu nak pergi kursus.


Semuanya bernula dengan diri kita sendiri, yang penting rajin berusaha......insyaallah. Bila tengok gambar donut ni terubat rasa hati yang tengah kecewa ni. Teringat bagaimana jauhnya perjalanan untuk menghasilkan donut yang gebu.

Sekarang saya mempunyai perniagaan sendiri walaupun tidak besar hanya kecil-kecilan dengan membuka gerai di tepi jalan dan menerima tempahan untuk kuih-muih, produk bakeri dan sedikit katering memandai lah untuk saya mencari pengalaman sebelum saya pergi kepada sesuatu yang besar. Setakat ini banyak juga cabaran dan dugaan yang saya tempuh hingga ada masanya menitiskan airmata tapi saya redha....doa saya semoga Allah memberikan kekuatan dan limpahkan rezeki yang lebih baik untuk saya sekeluarga.

Cukup la setakat ini saya 'meroyan'....hahaha saja jer nak release tension !!!  Kalau rajin nanti saya "meroyan" lagi just nak share pengalaman.....sebagai isteri, ibu dan tokeh !!!....hahaha..


Next n3 nak update harga produk eeekkkk !!!!!








Tuesday 21 January 2014

TEMPAHAN KOLE KACANG, KARIPAP, CHEESE TART, CREAM PUFF

Assalammualaikum.....dan salam sejahtera !!!!!!

Agak lama aku tak update blog ni. PC aku tetiba jer 'demam'.....sekejap keluar warna biru....sekejap warna oren pastu warna hijau suka2 dia jer tukar warna....terkejip2 biji mata aku nengok skrin. Gambar kat bawah ni nak post dah lama  tapi pc buruk aku tu asyik 'demam' tergendala la kerja aku.  Cuba juga la nak betulkan.....tapi jadi lagi 'tenat' . Ya la, bila difikirkan kembali pc aku ni memang dah lama sangat.....rasanya tak ade dah org pakai
kot.........dah 11 tahun usianya. Baru semalam pc ni 'padam' secara rasminya. Ini lah pc yang aku guna selama ni........hmmmm.....

Tak mengapa la.....nampak gayanya ada can la nak tukar yang baru......harap2 En. HUBBY Ssetuju nak sponsor...hehehe.......
Kepada yang hantar mesej nak resepi donut aku tu bersabar lah yekkkk.......
Kepada yang bertanyakan kelas.......hmmm......mintak maaf le buat masa sekarang tak ada perancangan pun nak buat kelas ( anak kecik lagi lerrrrr).....?

Ini adalah antara tempahan yang diterima masa cuti sekolah......K










Thursday 12 December 2013

KEK BUTTER SUNQUICK

Assalammualaikum !

 Wah.....lamanya aku tak update kat sini. Start cuti sekolah jer....mula la rumah aku bertukar jadi tadika. Anak2 seronok la, mak pulak yang pening kepala. Kejap2....lapar, baru makan nasi tak sampai setengah jam dah lapar......nasib baik la aku ni jenis suka melayan kerenah anak2.

Tapi aku nak citer pasal kenduri kecik yang aku buat hujung bulan lepas.....ala kenduri doa selamat jer nak sunat kan anak. Hmmm....anak sulung aku tu sepatutnya tahun lepas kena sunat tapi disebabkan aku kena masuk hospital 2 bulan...tu yang tertunda niat tu. Alhamdullilah dah selamat pun. Heheheh........pening kepala juga nak buat kenduri kecil cam ni. Semuanya uruskan sendiri, mana2 yang aku tak tahu aku mintak tolong ngan jiran aku. 

Kek Butter Sunquick !   Ha amacam bunyi cam terer sangat la aku ni. Sebenarnya, aku nak buat muffin yang sedap2 tu macam aku pernah tengok kat blog orang lain. Semuanya sedap dan menarik. Aku tengok lagi, segala gambar dan resepi.....lama2 aku keliru dan pening kepala tak tahu nak buat yang mana satu......huhuhu...stress nya ! Apalagi aku tutup komputer.....aku nekad nak buat guna resepi sendiri...ala-ala masterchef gitu.


 Sukatan untuk resepi ni aku main agak2 jer tau. ok, bahan2 nya:-
Marjerin 500 gm
Gula 360 gm
Tepung Gandum 420 gm
Telur 8 biji
Buttermilk 1 cawan 
Garam 1 sudu kecil
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Baking powder 1 sudu besar
Sunquick oren 1/2 cawan
Kepngan Badam secukupnya 
papercup secukupnya

cara membuatnya :-
Marjerin dan gula, aku pukul sampai kembang.  Lepas tu aku
masukkan telur dan pukul lagi sampai kembang dan gebu.Masukkan garam, esen vanilla dan sunquick, pukul lagi. Akhir sekali masukkan tepung gandum, baking powder dan buttermilk berselang-seli. 
Masukkan dalam papercup. Aku scoop guna scoop ice-cream jer cepat sikit. Last sekali letak kepingan badam sebagai hiasan.
Bakar 15 minit, suhu aku guna 120 sebab oven aku ni kuat api nya.

Aku buat kek ni.....hiiiii....tawakal je la. Harap2 jadi la, tapi aku bayangkan kek yang tak merekah, tak kering sangat, tak moist sangat dan kek tu cukup masak.
Alhamdullilah....... menjadi kek aku ! lega rasanya, walaupun tak secantik cam kek orang lain tapi ni kira ok la.

 Kek ni tak naik merekah, kira ok la macam yang aku nak.



Amacam pakar2 kek....ok tak kek yang aku buat ? Ini lah KEK BUTTER SUNQUICK hasil airtangan aku.
Resepi kek ini adalah percubaan pertama aku main reka2 je sukatan nya. Sesiapa yang nak mencubanya dipersilakan.



: P





Friday 15 November 2013

Kelas Roti Bersama Wan Rusyaini

Assalamualaikum !

Hari Selasa 12/11 yg lepas aku menghadiri kelas roti yang dianjurkan oleh Wan Rusyaini. Ini kali kedua aku mengikuti kelas Wan Rusyaini.Pertama kali pada tahun 2010, belajar kuih frozen.

Ini gambar aku ngan sifu Wan Rusyaini........dapat sijil lagiii !



Terima kasih banyak2 keoada Wan Rusyaini kerana tunjukajar dan panduan yg diberikan. Jasamu tetap ku kenang !  (ayat sekolah...heheheh...)














Monday 4 November 2013

COKODOK @ JEMPUT-JEMPUT PISANG

Assalammualaikum !!!

Wah !.....lamanya tak update blog aku ni. (macam mana nak update selalu kalau asyik terrrr...tidur ).
N3 kali ni nak citer pasal cokodok (jemput-jemput pisang). Dulu masa mula2 datang merantau ke KL, 20 tahun yang lalu (laaa....rasa cam dah tua sgt) aku tak paham pun bila orang sini cakap jemput-jemput.  Puas la mencari amende la kuih jemput-jemput....rupa-rupanya cokodok. KAt kampung aku panggil COKODOK sbb bila goreng, dia mengelembung bulat dan digoreng sehingga agak gelap macam rupa kodok....tapi aku goreng tak ada la gelap sangat nanti anak2 aku tak makan langsung.

 

Ada ke orang yang tak tau buat cokodok !? Tak pe la aku tunjuk jugak cara2 nak buat dan resepi aku punya.......

 Bahan utama......PISANG ! nama pisang ni tak tau (sbb saiz nya kecil sangat rasanya pisang berangan kot....sbb aku buat cokodok sedap jer). Aku cuma tau buat cokodok jer, bab nama psang memang aku lembab.



 Pisang yang aku guna hari tu agak baru masak seelok-eloknya guna pisang yang dah masak ranum. Disebabkan psang tu agak kecil , aku guna 14 biji.





 Lecek pisang sampai betul2 hancur.

 Masukkan air 1 cawan

Masukkan garam 1/2 sudu, Gula 4 sudu dan susu pekat manis 2 sudu.

kacau rata.

masukkan tepung 2 cawan  dan baking powder 1/2 sudu dan gaul hingga sebati.

panaskan minyak dan goreng. Aku tak guna sudu pun scoop pakai jari aje cokodok nampak lebih cantik    


Dah siap!

 : D






 

Sunday 13 October 2013

TEMPAHAN KUIH TALAM, PUDING, POPIA GORENG, CREAM PUFF, EGG TART, KARIPAP FROZEN & BUN SOSEJ

Assalammualaikum !!!

Rasa-rasanya dah hampir tiga minggu tak update blog aku nih !!!. Nak citer banyak pun malas, jadii aku rangkumkan kesemua sekali.......aku sibuk dengan bisnes pagi dan juga menerima tempahan. Kat bawah ni antara tempahan yang diterima dan ini aje yang aku sempat ambil gambarnya...yang lain-lain dah selamat jalan tak sempat nak klik kamera pun.......
Jangan fikir aku ni pakar buat kuih-muih, kalau ada yang berminat nak order....call je aku...kalau aku boleh buat...aku terima tempahan, kalau tak boleh buat.....aku tak terima tempahan. 

Jom layan cuci mata !

KUIH SERI MUKA
1 talam RM 20.00 (saiz 10" x 10")
PUDING FRUIT COCKTAIL
1 bekas container kecil RM 1.00
 POPIA GORENG (inti sayur)
RM 0.40 (1biji) sos disediakan

KARIPAP FROZEN
RM 3.50 (10 biji )

 Ini bukan kuih tau....ni assistant aku, jangan kacau wey bini orang kang tak pasal2 kena silat ngan laki dia ! tu tengah sibuk isi kastard dalam puff.

CREAM PUFF & EGG TART
(dalam proses pembuatan) 

CREAM PUFF
RM 0.40 (1 biji)

EGG TART 
RM 1.00 (1 biji) 

Hah ! ini je la yang aku boleh catatkan kat dalam blog aku ni. Mata aku pun dah layu....ngantuk sangat. Sok pagi2 aku nak kena bangun awal....nak buat ketupat daun palas, bukan untuk jual tau tapi nak makan di pagi raya hajiiiiii....SELAMAT HARI RAYA HAJI !












Friday 27 September 2013

TEMPAHAN CREAM PUFF




Cream Puff yang lembut dan gebu. Di isi dengan inti kastard yang sedap dan cair di dalam mulut. 
HARGA  = RM50  (100 BIJI)

Tempahan diterima untuk pelbagai majlis mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.
Tempahan perlu dibuat 3 hari sebelum tarikh dikehendaki.
Sila Hubungi atau sms Pn Nadia 014-3106468.


  



RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...