Tuesday 12 January 2016

Tempahan Creampuff Untuk Majlis Perkahwinan.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Temapahan creampuff ini diterima daripada Cik Athirah untuk majlis perkahwinannya dan ini adalah repeat order kali 3 daripada beliau. Terima kasih kerana sudi memberi kepercayaan kepada Nadhomebakery untuk tempahan creampuff sebanyak 1600 biji. Satu cabaran untuk menyiapkan 1600 biji dan alhamdullillah berjaya disiapkan dalam tempoh waktu yang telah dijadualkan.

(gambar lama...... tak sempat nak ambil gambar 1600 biji tu)


: )




Sunday 6 December 2015

Tempahan Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi Tomato, Pastri dan Kuih





Assalamualaikum  & Salam Sejahtera !

Terima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan dengan Nadhomebakery. Di bawah adalah antara tempahan yang telah diterima.  :)

Unteuk tempahan sila hubungi 017-6806468









Tuesday 1 September 2015

Busy jer......!!!

Assalammualaikum dan Salam sejahtera :)



Lamanya tak update blog ni. Kesibukkan menyiapkan tempahan yang diterima membataskan masa untuk menghadap komputer. Ya la, dah ada blog kena la rajin-rajin update nanti orang ingat tak aktif pulak kan (hahaha....peringatan untuk diri sendiri sebenarnya !). Bila buka balik, baru nampak ada beberapa comment ditinggalkan untuk saya. Sorry la kerana tiada jawapan yang segera diberikan. Dah banyak kali niat nak tekad update blog setiap minggu, tapi niat tinggal niat jer. Hmmm.....baru tahu bukan senang nak jadi blogger yang sukses.

Saya ada terima pertanyaan yang ingin mengetahui dimanakah kedai saya. Sebenarnya kedai saya hanya di alam maya sahaja. Bisnes dijalankan sepenuhnya dari rumah. Sekarang ni nak sewa sebuah kedai memang mahal. Jangan katakan sebuah kedai, nak sewa ruang kecil dalam kedai pun agak mahal. Ini ditambah lagi dengan harga barang yang agak mahal sekarang ni. Jadi cara terbaik, saya perlu menjalankan bisnes ini dari rumah. 

Sebarang pertanyaan untuk tempahan, boleh lah terus call/sms/whatsap 0176806468, dan minta tolong sangat2 supaya sertakan nama sekali supaya mudah untuk saya save dalam phone saya. Ada beberapa orang yang mesej saya bertanyakan produk. Asyik bersoal jawab sampai saya tak teringat untuk bertanyakan nama mereka, akhirnya saya terlupa yang mana satu buat pertanyaan.

Ok lah setakat ini sahaja entri saya kali ini.  Jom lah kita cuci mata sikit tengok antara order yang telah saya terima. :)











Sunday 21 June 2015

Tempahan Kuih-muih

Assalammualaikum !

Tempahan untuk kuih-muih dan lunch box di tutup sementara waktu  untuk memberi laluan kepada biskut raya. Sesiapa yang nak biskut raya boleh order sebelum 30 Jun.

Call/whatsapp 0176806468




 


Thursday 7 May 2015

Tempahan Mini Bun Sosej Mayo & Sardine Puff

Assalammualaikum & Salam Sejahtera !

Hari ni baru perasan ada comment dan permintaan pada sebulan dua yang lepas untuk saya hubungi kembali. Minta maaf sangat2 sebab saya tak perasan, sebab blog ni saya tidak update setiap hari. Sebarang pertanyaan boleh terus call/whatsapp/sms/telegram 017-6806468. Jangan kecik hati tau !!! 

Okey ini adalah tenpahan roti dan puff yang saya terima dari Azlina. Dia request bun sosej mayo dan sardine puff tapi nak dalam size mini. Saya okey jer.....customer request saya tunaikan.

 MINI BUN SOSEJ MAYO

MINI SARDINE PUFF

:))


Friday 1 May 2015

BLURRRR !!!!

Assalammualaikum & Salam sejahtera......

Hahaha....tajuk entri kali ini BLURRRR !!!...(bukan resepi ya ! ).memang blur sangat waktu ini. Tadi buka FB ingat nak share few photos tapi tak dapat nak upload dah dekat satu jam try tapi tak jadi....kenapa ? Biar je lah, nanti cuba lagi.

Jom la kita cuci mata sekejap....sebahagian hasil daripada aktiviti yang dijalankan di dapur ku.........







Saturday 28 March 2015

RESEPI APAM POLKA DOT / CARTOON

Asslammualaikum & Salam Sejahtera !




Siapa yang tak suka apam polkadot ? Mesti suka nyer....Kalau tak suka pun tak mengapa buat-buat jer suka sebab entri kali ni nak citer pasal apam polkadot dan nak bagi resepi yang saya selalu guna untuk tempahan apam polkadot.

First time tahu apam polkadot ni tahun 2009....tengok blog sape ntah tak ingat la. First time makan tahun 2010 masa tu saya gi meeting AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) ada sorang sahabat tu bawak apam polkadot bagi semua orang rasa. Terus terang cakap saya memang tak suka apam polkadot mungkin sebab rasanya yang terlalu manis. Tapi bila tengok anak2 saya suka makan, saya terfikir nak cuba buat untuk anak2 saya. 

Saya mula mencari-cari resepi apam polkadot ni. Akhirnya saya terberkenan dengan resepi apam poldadot yang satu ni. Saya tak ingat siapa nama blogger ni tapi kalau dia terbaca, saya nak ucapkan banyak2 terimakasih sebab bagi resepi apam polkatdot yang terbaik ni. Dah banyak order saya dapat dan rata2 customer bagi feedback yang baik.

Jom kita tengok resepinya......mana la nak tahu kot2 ada sape2 yang masih mencari resepi apam polkatdot tu boleh cuba resepi ni. Apa2 pun kena selalu mencuba untuk dapatkan hasil yang baik. Resepi ni saya dah upgrade sikit bagi sesuai dengan tekak saya.....Heheheh !!!

APAM POLKADOT/CARTOON

Bahan-bahannya:-

Telur                          3 biji (saya guna gred B)
Gula Castor             220 gm
Tepung Gandum     275 gm
Susu Cair                 50 ml
Baking Powder       3 sk
Ovalette                   1 sk
Esen vanilla             1/2 sk
Garam                      1 sk
Filling Blueberry
Pewarna

Cara membuatnya :-

1) Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang dan warna nya jadi putih gebu.
2) Masukkan garam dan esen vanilla, pukul lagi hingga rata kesemuanya.
3) Tepung gandum yang telah dicampur dengan baking powder, masukkan berselang seli dengan susu cair dan pukul lagi hingga semuanya habis. 
4) Boleh la mula menghias ikut kreativiti masing2.

Tips : kena ingat ya kalau buat kuih2 yang berkukus ni api kena kuat dan pastikan kukusan cukup panas, baru dia naik cantik n gebu. Kukus apam ni dalam 10 minit jer tengok size tau. Yang saya selalu buat untuk tempahan size yang kecik2 tuuuu......sekali ngap jer.....heheheh !

Selamat mencuba !!!!





: ) : ) : )










RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...