Tuesday 2 February 2016

TEMPAHAN LUNCH BOX / MAKAN BOX


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.


Nadhomebakery menerima tempahan katering untuk makanan yang telah siap dibungkus dengan pelbagai pilihan.  Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Boleh lihat pilihan menu yang telah disediakan dan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Sekiranya anda mempunyai idea atau budget tertentu untuk aktiviti yang akan dijalankan, juga boleh dipertimbangkan.

Sesuai untuk aktiviti seperti:-
(1)  sekolah/kolej seperti hari sukan, rombongan sekolah
(2) majlis tahlil, untuk sedekah ke surau/masjid,
(3) belanja rakan-rakan sekerja 
(4) outdoor aktiviti bersama keluarga
dan lain-lain lagi.



MENU
HARGA (RM)



1.
NASI AYAM
5.50
2.
NASI TOMATO / NASI MINYAK / NASI HUJAN PANAS
(ayam masak merah & acar)
(ayam masak merah, kurma daging & acar)


5.50
7.50
3.
FRIED CHICKEN CHOP
(fried chicken chop, French fries & black pepper sauce

7.00



4.
LAMB CHOP
(grilled lamb chop, mash potato, coleslaw, bun & black pepper sauce)


15.00
5.
BEEHOON / MEE GORENG
2.50



6.
LAKSA
4.50
7.
PULUT KUNING & RENDANG AYAM
2.50 / 4.50
8..
NASI LEMAK
(tambah lauk ayam goreng/ sambal ayam/rendang)
1.50
4.50
9.
NASI KERABU AYAM / DAGING BAKAR
6.50












# SEMUA  MAKANAN DIBUNGKUS DALAM BEKAS POLISTERINE.KECUALI LAKSA
# TAMBAHAN RM0.50 – RM2.00 (bergantung  kepada jenis bekas ) UNTUK DIBUNGKUS DALAM BEKAS FOOD CONTAINER
# MINIMUM ORDER 20 PAX
# TEMPAHAN PERLU DI BUAT  AWAL PAING LEWAT ADALAH 3 HARI SEBELUM TARIKH DIKEHENDAKI
# TEMPAHAN SAH DITERIMA SETELAH DEPOSIT SEBANYAK 50% DARI HARGA JUALAN TELAH DIBAYAR ATAU BANK IN KE DALAM AKAUN BANK

CALL/SMS/WHATSAPP    017-6806468 (Pn. Nadia)












Tuesday 12 January 2016

Tempahan Creampuff Untuk Majlis Perkahwinan.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Temapahan creampuff ini diterima daripada Cik Athirah untuk majlis perkahwinannya dan ini adalah repeat order kali 3 daripada beliau. Terima kasih kerana sudi memberi kepercayaan kepada Nadhomebakery untuk tempahan creampuff sebanyak 1600 biji. Satu cabaran untuk menyiapkan 1600 biji dan alhamdullillah berjaya disiapkan dalam tempoh waktu yang telah dijadualkan.

(gambar lama...... tak sempat nak ambil gambar 1600 biji tu)


: )




Sunday 6 December 2015

Tempahan Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi Tomato, Pastri dan Kuih





Assalamualaikum  & Salam Sejahtera !

Terima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan dengan Nadhomebakery. Di bawah adalah antara tempahan yang telah diterima.  :)

Unteuk tempahan sila hubungi 017-6806468









Tuesday 1 September 2015

Busy jer......!!!

Assalammualaikum dan Salam sejahtera :)



Lamanya tak update blog ni. Kesibukkan menyiapkan tempahan yang diterima membataskan masa untuk menghadap komputer. Ya la, dah ada blog kena la rajin-rajin update nanti orang ingat tak aktif pulak kan (hahaha....peringatan untuk diri sendiri sebenarnya !). Bila buka balik, baru nampak ada beberapa comment ditinggalkan untuk saya. Sorry la kerana tiada jawapan yang segera diberikan. Dah banyak kali niat nak tekad update blog setiap minggu, tapi niat tinggal niat jer. Hmmm.....baru tahu bukan senang nak jadi blogger yang sukses.

Saya ada terima pertanyaan yang ingin mengetahui dimanakah kedai saya. Sebenarnya kedai saya hanya di alam maya sahaja. Bisnes dijalankan sepenuhnya dari rumah. Sekarang ni nak sewa sebuah kedai memang mahal. Jangan katakan sebuah kedai, nak sewa ruang kecil dalam kedai pun agak mahal. Ini ditambah lagi dengan harga barang yang agak mahal sekarang ni. Jadi cara terbaik, saya perlu menjalankan bisnes ini dari rumah. 

Sebarang pertanyaan untuk tempahan, boleh lah terus call/sms/whatsap 0176806468, dan minta tolong sangat2 supaya sertakan nama sekali supaya mudah untuk saya save dalam phone saya. Ada beberapa orang yang mesej saya bertanyakan produk. Asyik bersoal jawab sampai saya tak teringat untuk bertanyakan nama mereka, akhirnya saya terlupa yang mana satu buat pertanyaan.

Ok lah setakat ini sahaja entri saya kali ini.  Jom lah kita cuci mata sikit tengok antara order yang telah saya terima. :)











Sunday 21 June 2015

Tempahan Kuih-muih

Assalammualaikum !

Tempahan untuk kuih-muih dan lunch box di tutup sementara waktu  untuk memberi laluan kepada biskut raya. Sesiapa yang nak biskut raya boleh order sebelum 30 Jun.

Call/whatsapp 0176806468




 


Thursday 7 May 2015

Tempahan Mini Bun Sosej Mayo & Sardine Puff

Assalammualaikum & Salam Sejahtera !

Hari ni baru perasan ada comment dan permintaan pada sebulan dua yang lepas untuk saya hubungi kembali. Minta maaf sangat2 sebab saya tak perasan, sebab blog ni saya tidak update setiap hari. Sebarang pertanyaan boleh terus call/whatsapp/sms/telegram 017-6806468. Jangan kecik hati tau !!! 

Okey ini adalah tenpahan roti dan puff yang saya terima dari Azlina. Dia request bun sosej mayo dan sardine puff tapi nak dalam size mini. Saya okey jer.....customer request saya tunaikan.

 MINI BUN SOSEJ MAYO

MINI SARDINE PUFF

:))


Friday 1 May 2015

BLURRRR !!!!

Assalammualaikum & Salam sejahtera......

Hahaha....tajuk entri kali ini BLURRRR !!!...(bukan resepi ya ! ).memang blur sangat waktu ini. Tadi buka FB ingat nak share few photos tapi tak dapat nak upload dah dekat satu jam try tapi tak jadi....kenapa ? Biar je lah, nanti cuba lagi.

Jom la kita cuci mata sekejap....sebahagian hasil daripada aktiviti yang dijalankan di dapur ku.........







RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...