Monday, 14 September 2015

Resepi Ayam Goreng RM1.00

Assalamualaikum !



Sejak akhir-akhir ini, menjadi satu kegilaan kepada anak-anak saya yang mengemari ayam goreng RM1.00 yang ada dijual di kawasan perumahan Bandar Tun Razak dan Bandar Sri Permaisuri. Saya ada seorang kenalan yang berniaga di Bandar Sri Permaisuri yang menjual Ayam Goreng RM1.00 dan selalu memerhatikan cara dia menyalut tepung. Sudah tentu lah bila ditanyakan resepi ayam gorengnya, hanya jawapan yang ringkas diberikan iaitu dia menggunakan tepung biasa sahaja.

Setahun yang lepas, saya mula mengetahui tentang ayam goreng yang dijual pada harga RM1.00. Saya tidak boleh nak bayangkan saiz ayam yang digoreng dan dijual pada harga RM1.00.. Iyalah selama ini saya kerap makan ayam yang digoreng ala-ala kfc, yang dijual di pasar malam. Saiz ayam goreng yang dijual di pasar malam besar dan rasa hampir seperti ayam goreng kfc. Di pasar malam juga lah muncul ayam goreng yang dijual pada harga RM1.00 atau RM1.50 tetapi ia nya hanyalah sekeping isi ayam yang diketuk untuk meleperkannya sebelum disalut tepung. Ayan goreng sebegini kurang digemari oleh anak-anak saya sehingga muncul Ayam Goreng RM1.00 ini.

Akhirnya saya buat ayam goreng sendiri, dan rasanya memang sama seperti yang dijual oleh kenalan saya. Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang memang tercari-cari resepi ayam goreng RM1.00 dan nak buatnya pun mudah sahaja. Jom kita check resepinya...............



Bahan-bahannya:-

Ayam 1/2 ekor (potong kecil bergantung kepada saiz yang anda suka) 
Telur 1 biji
Garam secukup rasa
Lada hitam / serbuk paprika  1/2 sudu
Tepung jagung       3 sudu besar
Gaul kesemua sekali dan perapkan 30 minit.








 

Bahan untuk campuran tepung salutan :-

Tepung Jagung  2 cawan
Tepung Beras   1/4 cawan
Tepung Gandum   1/4 cawan
Soda Bikarbonat  1 sudu teh
Lada Sulah Ajishio  (kebanyakan peniaga menggunakan serbuk lada sulah ini sebgai perasa, boleh juga gantikan dengan garam dan lada hitam)
Gaul semua sekali dan sedia utuk disalutkan kepada ayam
 



ketulan ayam yang telah siap di salut.

 
 
 
Goreng dalam minyak yang banyak.







Dah siap.....!!!












Selamat mencuba !!!




:)

Tuesday, 1 September 2015

Busy jer......!!!

Assalammualaikum dan Salam sejahtera :)



Lamanya tak update blog ni. Kesibukkan menyiapkan tempahan yang diterima membataskan masa untuk menghadap komputer. Ya la, dah ada blog kena la rajin-rajin update nanti orang ingat tak aktif pulak kan (hahaha....peringatan untuk diri sendiri sebenarnya !). Bila buka balik, baru nampak ada beberapa comment ditinggalkan untuk saya. Sorry la kerana tiada jawapan yang segera diberikan. Dah banyak kali niat nak tekad update blog setiap minggu, tapi niat tinggal niat jer. Hmmm.....baru tahu bukan senang nak jadi blogger yang sukses.

Saya ada terima pertanyaan yang ingin mengetahui dimanakah kedai saya. Sebenarnya kedai saya hanya di alam maya sahaja. Bisnes dijalankan sepenuhnya dari rumah. Sekarang ni nak sewa sebuah kedai memang mahal. Jangan katakan sebuah kedai, nak sewa ruang kecil dalam kedai pun agak mahal. Ini ditambah lagi dengan harga barang yang agak mahal sekarang ni. Jadi cara terbaik, saya perlu menjalankan bisnes ini dari rumah. 

Sebarang pertanyaan untuk tempahan, boleh lah terus call/sms/whatsap 0176806468, dan minta tolong sangat2 supaya sertakan nama sekali supaya mudah untuk saya save dalam phone saya. Ada beberapa orang yang mesej saya bertanyakan produk. Asyik bersoal jawab sampai saya tak teringat untuk bertanyakan nama mereka, akhirnya saya terlupa yang mana satu buat pertanyaan.

Ok lah setakat ini sahaja entri saya kali ini.  Jom lah kita cuci mata sikit tengok antara order yang telah saya terima. :)











TEMPAHAN KUIH MUIH - CREAMPUFF

Tempahan CREAMPUFF dibuka sepanjang tahun. Sesuai untuk.dijamukan di pelbagai majlis keraian. Harga yang amat berpatutan. RM 25 / 50 ...