Monday, 15 July 2013

Aktiviti di bulan puasa......


Assalamualaikum !

Bulan pose ni rasanya mungkin jarang berblog sbb dah sibuk ngan akiviti 'kukis-mengkukis' ! Ala.....takat amik order buat tart nenas jer. Biskut lain tak larat nak buat sbb baby dah mula meniarap. Tempahan pun cuma datang dari kawan2 yang terdekat aje, takde la nak promote giler2. Ape2 pun, SELAMAT BERPUASA !!!!!












Monday, 8 July 2013

PRETZEL

Assalammualaikum !.....hehehe......akhirnya berjaya juga aku buat PRETTTZELLL !!!!!!!!
Antara makanan kegemaran aku dari zaman bujang. Teringat dulu kalau gi KLCC mesti beli pretzel auntie anne. Tapi tu la mahal la pulak....... makan satu tak cukup. Sekarang ni dah melarat kat anak2. 

Dah lama tercari-cari resepi pretzel tapi ntah macammaner terberkenan ngan resepi dari blogger D5 tau. So, izinkan lah aku meng cut & paste resepi nyer....tapi tengok gambar dulu.




(gambar kat atas ni sendiri punya)





Bahan2

1/2 cawan air
1/2 susu segar
1 sudu kecil yis segera
4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 - 3 cawan tepung gandum serba guna
Sedikit minyak masak
2 sudu kecil butter ( dicairkan )
1 sudu besar baking soda 
1 cawan air panas mendidih

Cara2 nk buat

Satu kan air, susu, yis dan gula biarka selama lebih kurang 10 minit sambai yis berbuih. Biler yis dah berbuih masukkan garam dan kacau sampai garam hancur. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan senduk.
 
Bila kiter dah rasa susah nk gaul ngan senduk tu, bersihkan senduk dan mula lah kiter menguli dengan tangan bersama baki tepung tadi. Uli sampai doh agak elestik dan licin dan xmelekat lg kat tangan dan mangkuk.

Bersihkan mangkuk dan sapu minyak, kemudian masukkan doh td balik golek2 kan biar semua permukaan doh td berselaput dengan minyak. Kemudian tutup mangkuk dengan kain lembab or cling wrap dan rehatkan doh sampai naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.

Biler doh dah naik. Bahagikan doh pada bahagian2 kecil ( resepi nie aku dpt bahagikan 9 bahagian ). Kemudian gelek kan doh seperti dalam gambar, gelek sampai jd panjang. ( kalau boleh biar halus ckit, kalau tak jd debab cam aku punyer. Sementara membentuk nie korang panaskan lah oven 200c.
Bila dah cukup panjang, bentuk kan huruf U, Ketemukan hujung dia dan simpulkan 2 kali seperti dalam gambar, kemudia tarik kebelakang dan tekankan dengan jari.

 
Hah camnie ler hasil nyer. Aku xbape pandai sgt sbb xpenah kerja ngan makcik anne tu heheh. Sbb tu ler aku suruh gelek sampai halus dan panjang supaya xdebab cam aku nyer.
Bila doh dah siap di bentuk. Bancuhkan soda bikarbonat dengan air mendidih td dalam satu bekas. Kemudian celupkan doh sebentar dalam air soda td ( kejap je tau ) Kalau doh agak basah, letakkan doh sekejap atas towel bersih untuk serap air. Pastu susun balik atas tray yg telah di sapu dengan minyak.

Cairkan butter dan sapu diatas permukaan semua doh td. Kalau korang suke boleh tabur garam ataupun gula kat atas pretzel td.

Hah ! cam tu cite nye dan gambar2 step by step yang ditunjukkan oleh blogger D5 bole check kat sini kalau nak tengok lagi.......
              






Wednesday, 3 July 2013

NASI GORENG PATTAYA

N3 kali ini nak tunjuk cara2 buat nasi goreng pattaya. Nak buatnya senang aje boleh jimat belanja. Kalau kat kedai sepinggan harga RM3.50 - 4.50. Kalau makan sorang dua jer ok la baik beli aje.....tapi kalau ramai anak beranak elok buat sendiri jerrrr.

Nasi goreng pattaya ni memang fav anak2 aku, sepinggan tak cukup untuk sorang mesti nak tambah lagi. Nasib baik la aku tau buat. Dulu mak aku pernah buka gerai, jadi aku lepas balik ofis kena tolong kat gerai. Muka aku masa tu masam macam cuka tensen kena masak kat gerai.....almaklum la masa tu kan umur aku baru 21, malu giler customer mak aku ramai lelaki....apalagi asyik jadi bahan usikan jerrr...menyampah !!!....itu citer dulu, gerai mak aku pun dah tak de weh!!!.

Rasanya mesti ramai yang dah terrer buat nasi goreng pattaya nih. Tapi tak pe la aku nak tunjuk jugak kat sini cara2 nak membuatnya.....mana la nak tau kot-kot ada yang tak reti lagi. 

Bahagian 1 , kena buat nasi goreng dulu. Buat la nasi goreng ikut kesukaan masing2, tapi kat bawah ni aku tunjuk jugak la resepi nasi goreng yg aku buat hari tu...ringkas ajer main capai apa yang ade kat dalam peti sejuk.
Bahan-bahan :-
Isi Ayam
Bawang Putih
Kiub Ayam
Cili api (ketuk sikit bagi dia pecah)
Kacang Buncis
Nasi Putih (seeloknya disimpan semalaman dlm peti sejuk)

Tumis dulu bawang putih, masukkan ayam, cili api kacau tunggu sampai ayam elok masak. Pastu masukkan kiub ayam, tekan2 bagi hancur. kacau rata baru la masukkan nasi, gaul rata last sekali masukkan kacang buncis. Ringkas jer nasi goreng ni (kalah nasi goreng orang bujang). Mesti pelik kan apasal tak buh garam. Kiub ayam tu dah masin kira ok la rasa nya tapi kalau korang rasa nak letak garam, letak lah.

Wokey ! nasi goreng dah siap ! part yang paling penting nak mengbungkus nasi goreng ke dalam telur.

Bahagian ke2:-   Cara2 menbungkusnya.....

Mula2 pecah telur....sebiji masukkan sedikt lada sulah, pukul rata. Guna kuali kecil ya. Pastikan kuali cukup panas dan api kecil. Sapukan sikt minyak.......

tuangkan bancuhan telur ke dlm kuali

 dengan pantas pegang telinga kuali, angkat sikit dari api dan gerak kuali memusing supaya telur rata, seperti dalam gambar atas. Lepas ni tak yah cerita pangjang tengok jer gambar yang seterusnya...sbb kalau aku taip lagi nanti pening kepala, tak faham.........





Ta daaaaa......dah siap !!!

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!




TEMPHAN KUIH-MUIH, ROTI, PASTRI DAN LUNCH BOX

Nadhomebakery masih menerima tempahan untuk kuih-muih, roti, pastri dan lunch box. Terimakasih kepada yang telah membuat tempahan dengan sa...