Thursday 12 December 2013

KEK BUTTER SUNQUICK

Assalammualaikum !

 Wah.....lamanya aku tak update kat sini. Start cuti sekolah jer....mula la rumah aku bertukar jadi tadika. Anak2 seronok la, mak pulak yang pening kepala. Kejap2....lapar, baru makan nasi tak sampai setengah jam dah lapar......nasib baik la aku ni jenis suka melayan kerenah anak2.

Tapi aku nak citer pasal kenduri kecik yang aku buat hujung bulan lepas.....ala kenduri doa selamat jer nak sunat kan anak. Hmmm....anak sulung aku tu sepatutnya tahun lepas kena sunat tapi disebabkan aku kena masuk hospital 2 bulan...tu yang tertunda niat tu. Alhamdullilah dah selamat pun. Heheheh........pening kepala juga nak buat kenduri kecil cam ni. Semuanya uruskan sendiri, mana2 yang aku tak tahu aku mintak tolong ngan jiran aku. 

Kek Butter Sunquick !   Ha amacam bunyi cam terer sangat la aku ni. Sebenarnya, aku nak buat muffin yang sedap2 tu macam aku pernah tengok kat blog orang lain. Semuanya sedap dan menarik. Aku tengok lagi, segala gambar dan resepi.....lama2 aku keliru dan pening kepala tak tahu nak buat yang mana satu......huhuhu...stress nya ! Apalagi aku tutup komputer.....aku nekad nak buat guna resepi sendiri...ala-ala masterchef gitu.


 Sukatan untuk resepi ni aku main agak2 jer tau. ok, bahan2 nya:-
Marjerin 500 gm
Gula 360 gm
Tepung Gandum 420 gm
Telur 8 biji
Buttermilk 1 cawan 
Garam 1 sudu kecil
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Baking powder 1 sudu besar
Sunquick oren 1/2 cawan
Kepngan Badam secukupnya 
papercup secukupnya

cara membuatnya :-
Marjerin dan gula, aku pukul sampai kembang.  Lepas tu aku
masukkan telur dan pukul lagi sampai kembang dan gebu.Masukkan garam, esen vanilla dan sunquick, pukul lagi. Akhir sekali masukkan tepung gandum, baking powder dan buttermilk berselang-seli. 
Masukkan dalam papercup. Aku scoop guna scoop ice-cream jer cepat sikit. Last sekali letak kepingan badam sebagai hiasan.
Bakar 15 minit, suhu aku guna 120 sebab oven aku ni kuat api nya.

Aku buat kek ni.....hiiiii....tawakal je la. Harap2 jadi la, tapi aku bayangkan kek yang tak merekah, tak kering sangat, tak moist sangat dan kek tu cukup masak.
Alhamdullilah....... menjadi kek aku ! lega rasanya, walaupun tak secantik cam kek orang lain tapi ni kira ok la.

 Kek ni tak naik merekah, kira ok la macam yang aku nak.



Amacam pakar2 kek....ok tak kek yang aku buat ? Ini lah KEK BUTTER SUNQUICK hasil airtangan aku.
Resepi kek ini adalah percubaan pertama aku main reka2 je sukatan nya. Sesiapa yang nak mencubanya dipersilakan.



: P





Friday 15 November 2013

Kelas Roti Bersama Wan Rusyaini

Assalamualaikum !

Hari Selasa 12/11 yg lepas aku menghadiri kelas roti yang dianjurkan oleh Wan Rusyaini. Ini kali kedua aku mengikuti kelas Wan Rusyaini.Pertama kali pada tahun 2010, belajar kuih frozen.

Ini gambar aku ngan sifu Wan Rusyaini........dapat sijil lagiii !



Terima kasih banyak2 keoada Wan Rusyaini kerana tunjukajar dan panduan yg diberikan. Jasamu tetap ku kenang !  (ayat sekolah...heheheh...)














Monday 4 November 2013

COKODOK @ JEMPUT-JEMPUT PISANG

Assalammualaikum !!!

Wah !.....lamanya tak update blog aku ni. (macam mana nak update selalu kalau asyik terrrr...tidur ).
N3 kali ni nak citer pasal cokodok (jemput-jemput pisang). Dulu masa mula2 datang merantau ke KL, 20 tahun yang lalu (laaa....rasa cam dah tua sgt) aku tak paham pun bila orang sini cakap jemput-jemput.  Puas la mencari amende la kuih jemput-jemput....rupa-rupanya cokodok. KAt kampung aku panggil COKODOK sbb bila goreng, dia mengelembung bulat dan digoreng sehingga agak gelap macam rupa kodok....tapi aku goreng tak ada la gelap sangat nanti anak2 aku tak makan langsung.

 

Ada ke orang yang tak tau buat cokodok !? Tak pe la aku tunjuk jugak cara2 nak buat dan resepi aku punya.......

 Bahan utama......PISANG ! nama pisang ni tak tau (sbb saiz nya kecil sangat rasanya pisang berangan kot....sbb aku buat cokodok sedap jer). Aku cuma tau buat cokodok jer, bab nama psang memang aku lembab.



 Pisang yang aku guna hari tu agak baru masak seelok-eloknya guna pisang yang dah masak ranum. Disebabkan psang tu agak kecil , aku guna 14 biji.





 Lecek pisang sampai betul2 hancur.

 Masukkan air 1 cawan

Masukkan garam 1/2 sudu, Gula 4 sudu dan susu pekat manis 2 sudu.

kacau rata.

masukkan tepung 2 cawan  dan baking powder 1/2 sudu dan gaul hingga sebati.

panaskan minyak dan goreng. Aku tak guna sudu pun scoop pakai jari aje cokodok nampak lebih cantik    


Dah siap!

 : D






 

Sunday 13 October 2013

TEMPAHAN KUIH TALAM, PUDING, POPIA GORENG, CREAM PUFF, EGG TART, KARIPAP FROZEN & BUN SOSEJ

Assalammualaikum !!!

Rasa-rasanya dah hampir tiga minggu tak update blog aku nih !!!. Nak citer banyak pun malas, jadii aku rangkumkan kesemua sekali.......aku sibuk dengan bisnes pagi dan juga menerima tempahan. Kat bawah ni antara tempahan yang diterima dan ini aje yang aku sempat ambil gambarnya...yang lain-lain dah selamat jalan tak sempat nak klik kamera pun.......
Jangan fikir aku ni pakar buat kuih-muih, kalau ada yang berminat nak order....call je aku...kalau aku boleh buat...aku terima tempahan, kalau tak boleh buat.....aku tak terima tempahan. 

Jom layan cuci mata !

KUIH SERI MUKA
1 talam RM 20.00 (saiz 10" x 10")
PUDING FRUIT COCKTAIL
1 bekas container kecil RM 1.00
 POPIA GORENG (inti sayur)
RM 0.40 (1biji) sos disediakan

KARIPAP FROZEN
RM 3.50 (10 biji )

 Ini bukan kuih tau....ni assistant aku, jangan kacau wey bini orang kang tak pasal2 kena silat ngan laki dia ! tu tengah sibuk isi kastard dalam puff.

CREAM PUFF & EGG TART
(dalam proses pembuatan) 

CREAM PUFF
RM 0.40 (1 biji)

EGG TART 
RM 1.00 (1 biji) 

Hah ! ini je la yang aku boleh catatkan kat dalam blog aku ni. Mata aku pun dah layu....ngantuk sangat. Sok pagi2 aku nak kena bangun awal....nak buat ketupat daun palas, bukan untuk jual tau tapi nak makan di pagi raya hajiiiiii....SELAMAT HARI RAYA HAJI !












Friday 27 September 2013

TEMPAHAN CREAM PUFF




Cream Puff yang lembut dan gebu. Di isi dengan inti kastard yang sedap dan cair di dalam mulut. 
HARGA  = RM50  (100 BIJI)

Tempahan diterima untuk pelbagai majlis mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.
Tempahan perlu dibuat 3 hari sebelum tarikh dikehendaki.
Sila Hubungi atau sms Pn Nadia 014-3106468.


  



Thursday 19 September 2013

Pancake vs Roti Goreng Bergula

Salam 1Malaysia !

Wah ! sejak 2 minggu ni aku memang busy giler. Business pagi aku masuk minggu ke2 tapi penat sungguh almaklum la lama sangat cuti panjang. Dah satahun aku tutup gerai aku. Sekarang baru buka balik, lagipun baby aku dah nak masuk 9 bulan, rasanya badan aku pun dah kuat untuk aktif meniaga tapi kali ni tak de la buat sorang2, dah mula upah pekerja........Business pagi aku tak de la beso maner..ala bukak canopy kecik kat tepi rumah ajer....jual nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang dan kuih-muih. Terkial-kial jugak aku nak mula balik la....momentum nak buat kerja lari jugak. Bukan senang nak bangun kul 2 atau 3 pagi, orang lain sedap berlingkar kat tempat tido aku sibuk bersilat kat dapur.

N3 kali ni nak share resepi pancake. Request daripada hubby kata dia...." bosan la asal cuti jer makan roti canai, nak juga tukar selera. U buatkan pancake la.....". Wah ! Pancake.....aka lempeng (cakap orang melayu). Aku memang tak gemor pancake, tak tau la kenapa.....tak kena jer rasanya. Okey.....aku buat jugak. Resepi amik kat SINI tapi aku tulis balik la versi melayu yang aku buat.........ala takat buat pancake ni mesti you all terer punya kannnnnnnn.......


PANCAKE




Bahan2 :-
2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
1 1/2 atau 1 3/4 cawan susu
2 subu besar butter / marjerin

Cara membuatnya :-
Campurkan tepung gandum, baking powder, gula, garam ke dalam mangkuk. Dalam mangkuk lain pukul telur ngan susu dan masukkan ke dalam mangkuk tepung.  Pastu masukkan butter yang telah dicairkan, pukul lagi hingga licin dan kalau rasa agak pekat tambah susu sedikit lagi. Panaskan kuali, sapu sedikit minyak dan masukkan 1 senduk bancuhan tadi. Biarkan ianya masak sehingga timbul buih dan terbalkkan. Masak sehingga ianya keperangan dan angkat. Sedia untuk dimakan bersama madu, honey atau jem.

ROTI GORENG BERGULA

Dek kerana aku tak gemor pancake......aku buat nih ha....Roti Goreng Bergula. Yng ni memang fav aku. Resepi dia senang jer....Roti, telur dan gula. Beli jer roti gardenia atau brand ape2 pun tak pe. Korang potong empat. Telur, pecangkan 2 atau 3 biji pukul sikit telur tu. Panaskan kuali, tuang minyak macam kita nak goreng pisang tu. Celup roti ke dalam telur dan goreng sehingga perang (api jangan kuat sangat nanti hitam) Masa roti tengah panas taburkan gula, buat cam dalam gambar tu. Akhir sekali.......ngap.....emmm sedapppppp !

Rasa2 la yang mana menang PANCAKE atau ROTI GORENG BERGULA !?













Tuesday 3 September 2013

EGG TART & CHEESE TART






 (Pelbagai pilihan perisa)

RM 45.00 (50 biji)

Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh dikehendaki. 









RM 12.00  ( 12 biji )

Tempahan adalah mengikut jumlah kotak. Ini adalah untuk memudahkan penghantaran. Minimum tempahan adalah 5 kotak. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh dikehendaki.










Monday 2 September 2013

Cerita aku...bla...bla....bla....!!!!!!

 Assalammulaikum !

Mesti korang pelikkan apasal kuar gambar baby. Aku tengah update gambar2 yang ada tersimpan dalam komputer buruk aku ni....(betul komputer aku memang buruk beli tahun 2003...hah....hidup lagi...kalau orang lain dah buang agaknya).

 Ini gambar anak aku yang terbaru dan yang bongsu (confirm kilang kena tutup dah!!!). Nama dia ARINA JASMIN !!!! Kecik ajer masa lahir....genap 34 minggu dalam perut.....doktor terpaksa bawak kuar. Tengok gambar memang nampak cam beso......(tengok tangan kecik tu ajer....tangan yang beso tu tangan aku)

 Tengok la jari dia beso mane.....masa ni usia dia baru 2 bulan................
Tup-tup dah jadi beso ni.....masa ni 6 bulan usianya. (nak upload gambar terbaru...malas la nak godek kamera sebab bateri dah abis).

Sepatutnya hari ni aku nak siapkan sardine roll untuk di frozen. Tepung dah bancuh.....sardin dah siap masak petang tadi akhirnya aku sumbat dalam peti sejuk sebab nak tengok MASTERCHEF AUSTRALIA S4 sok pagi la aku sambung buat sardine roll.

Minggu depan aku nak buka balik tempat niaga aku. Tak ada le beso mana tempat niaga tu ala tepi jalan aka tepi rumah aku jugak. Dah lama tutup....dah setahun pun. Huh !!! bersemangat dan berdebar2 pun ada.......agak2 ada tak orang ingat kat aku lagi ?

Weh.....! Tido la.....sok pagi2 aku banyak preparations nak buat.......sok breakfast anak aku nak buat roti goreng tabur gula. Sedap....anak aku suka......resepi nanti aku tunjuk... sekarang tak best la sebab tak ada gambarnya. OK Bye2






Sunday 25 August 2013

TART NENAS




Asslammualaikum...!

N3 kali ni nak citer pasal aktiviti sepanjang bulan pose yang lepas. Gambar kat atas tu dah lama amik masa bulan pose lepas baru sekarang upload. 

Sepanjang bulan ramadhan yg lepas aku hanya menerima tempahan untuk tart nenas sahaja, biskut yang lain tak buat sebab tak plan pun nak amik order. Tart Nenas yang aku buat menggunakan jem yang aku buat sendiri. Entah macam mana ade sorang rakan sekerja suami aku mintak tolong letakkan reben sikit kat atas tu sbb nak bagi kat client dia. Aku buat la jadi cam rupa kat atas...kat dalam gambar tu. Rakan sekerja suami aku mintak lagi, nak tambah order......aku mintak maaf la tak leh nak buat dah lagi seminggu nak balik kampung !.

Tart Nenas ni aku jual sepanjang tahun so boleh order anytime tapi kena order awal la sebab senang nak arrange masa dan pekerja.



Tart nenas ni harganya RM 16.00 , ada 20 biji (macam gambar di atas). Kalau nak tambah sedikit decoration kena tambah lagi RM 5.00 (macam gambar kat bawah).


Boleh call/sms 017-6806468 untuk tempahan.

Thursday 15 August 2013

KOLE KACANG


Asslammualaikum !......harap2 masih belum terlambat untuk aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!!!! kepada pengunjung2 blog aku. Bulan pose yg lepas memang busy dengan tempahan tart nenas dan gi shopping baju raya hehehe.....almaklum la tahun lepas tak bleh pakai baju raya sbb kena pakai uniform "mak buyong", tahun ni mak melaram lebih la. Dan raya tahun ni aku sekeluarga balik Trengganu (kampung suami aku la). Kali ni balik lama sikit, dah lama tak cuti panjang ke sana. Suami aku teringin nak makan kuih kasidah, kuih tradisi orang trengganu. Belajar ngan mak mertua, nanti dah pandai aku share resepi nyer.

N3 kali ni nak share resepi KOLE KACANG. Masa aku kat trengganu, suami aku suruh buat kuih ni, bapak mertua ku teringin nak makan. Aku pun buat la, dah biasa buat sebab memang aku jual pun kuih kole kacang ni. Maka, adalah sedara mara dari kelantan yang datang berhari raya kata sedappppppp........mintak resepi ngan akuuuuuu............aku pun bagi laaaaaa.......!!!!.

Ok...jom check bahan2 dan cara membuatnya.......tengok gambo dulu.........


Bahan-bahan dan cara membuatnya:-

 (a) Tahi Minyak
       Guna santan dari sebiji kelapa masak dalam kuali sehingga pecah minyak dan berwarna
       keperangan.
(b) Air Gula
      300 gm Gula Melaka
      100 gm Gula puith kasar
      300 ml  Air
      3 helai daun pandan
      masak kesemua bahan sehingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
(c) 1700 ml santan (guna sebiji kelapa)
      300 gm tepung kacang hijau
      sedikit garam
      air gula
      pewarna coklat
      bancuh kesemua bahan sehinnga sebati.
(d) Tuangkan bancuhan ke dalam kuali atau periuk yang tebal. Kacau selama 30 minit atau 
      sehingga timbul buih. Angkat dan tuangkan ke dalam dulang saiz 10" x 10". Ratakan dan 
      taburkan tahi minyak. 









Monday 15 July 2013

Aktiviti di bulan puasa......


Assalamualaikum !

Bulan pose ni rasanya mungkin jarang berblog sbb dah sibuk ngan akiviti 'kukis-mengkukis' ! Ala.....takat amik order buat tart nenas jer. Biskut lain tak larat nak buat sbb baby dah mula meniarap. Tempahan pun cuma datang dari kawan2 yang terdekat aje, takde la nak promote giler2. Ape2 pun, SELAMAT BERPUASA !!!!!












Wednesday 3 July 2013

NASI GORENG PATTAYA

N3 kali ini nak tunjuk cara2 buat nasi goreng pattaya. Nak buatnya senang aje boleh jimat belanja. Kalau kat kedai sepinggan harga RM3.50 - 4.50. Kalau makan sorang dua jer ok la baik beli aje.....tapi kalau ramai anak beranak elok buat sendiri jerrrr.

Nasi goreng pattaya ni memang fav anak2 aku, sepinggan tak cukup untuk sorang mesti nak tambah lagi. Nasib baik la aku tau buat. Dulu mak aku pernah buka gerai, jadi aku lepas balik ofis kena tolong kat gerai. Muka aku masa tu masam macam cuka tensen kena masak kat gerai.....almaklum la masa tu kan umur aku baru 21, malu giler customer mak aku ramai lelaki....apalagi asyik jadi bahan usikan jerrr...menyampah !!!....itu citer dulu, gerai mak aku pun dah tak de weh!!!.

Rasanya mesti ramai yang dah terrer buat nasi goreng pattaya nih. Tapi tak pe la aku nak tunjuk jugak kat sini cara2 nak membuatnya.....mana la nak tau kot-kot ada yang tak reti lagi. 

Bahagian 1 , kena buat nasi goreng dulu. Buat la nasi goreng ikut kesukaan masing2, tapi kat bawah ni aku tunjuk jugak la resepi nasi goreng yg aku buat hari tu...ringkas ajer main capai apa yang ade kat dalam peti sejuk.
Bahan-bahan :-
Isi Ayam
Bawang Putih
Kiub Ayam
Cili api (ketuk sikit bagi dia pecah)
Kacang Buncis
Nasi Putih (seeloknya disimpan semalaman dlm peti sejuk)

Tumis dulu bawang putih, masukkan ayam, cili api kacau tunggu sampai ayam elok masak. Pastu masukkan kiub ayam, tekan2 bagi hancur. kacau rata baru la masukkan nasi, gaul rata last sekali masukkan kacang buncis. Ringkas jer nasi goreng ni (kalah nasi goreng orang bujang). Mesti pelik kan apasal tak buh garam. Kiub ayam tu dah masin kira ok la rasa nya tapi kalau korang rasa nak letak garam, letak lah.

Wokey ! nasi goreng dah siap ! part yang paling penting nak mengbungkus nasi goreng ke dalam telur.

Bahagian ke2:-   Cara2 menbungkusnya.....

Mula2 pecah telur....sebiji masukkan sedikt lada sulah, pukul rata. Guna kuali kecil ya. Pastikan kuali cukup panas dan api kecil. Sapukan sikt minyak.......

tuangkan bancuhan telur ke dlm kuali

 dengan pantas pegang telinga kuali, angkat sikit dari api dan gerak kuali memusing supaya telur rata, seperti dalam gambar atas. Lepas ni tak yah cerita pangjang tengok jer gambar yang seterusnya...sbb kalau aku taip lagi nanti pening kepala, tak faham.........





Ta daaaaa......dah siap !!!

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!




RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...