Monday 22 February 2021

RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

ROTI PUTIH (WHITE BREAD).....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menjadi kegemaran anak-anak. Sekejap sahaja habis, bila melihat keterujaan anak-anak bila menjamah roti menjadi sumber inspirasi saya untuk mencuba membuat.

10 tahun lepas saya bermula berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual nasi lemak dan kuih-muih di tepi rumah saya. Roti adalah salah satu produk hasil jualan saya. Mulanya saya mencuba membuat roti pada masa itu hanya melalui pembacaan di carian internet. Kerap membaca resepi-resepi yang dikomgsikan oleh beberapa blogger juga menjadi inspirasi untuk saya mencuba. Hasilnya saya beresperimen sendiri dan walaupon hasil kejadian roti saya masa tu tidak lah berapa cantik tapi alhamdullilah kerana pelanggan membelinya kerana mengetahui usaha yang saya lakukan.

Resepi roti yang saya nak kongsikan adalah antara resepi asas membuat roti yang saya gunakan sewaktu mula-mula belajar sendiri. Saya tidak ingat di mana saya dapat resepi ini tetapi kredit untuk pemberi asal resepi ini. Resepi dan cara buat roti putih ini adalah asas sahaja. Perlu diingatkan ya, kena rajin dan selalu berlatih untuk mendapat hasil yang terbaik. Insya Allah jika ada kelapangan saya akan tunjukkan lagi resepi dan teknik roti yang lain.






Resepi Roti Putih (White Bread)

4 1/3 cawan tepung roti
1 1/4 tsp garam
2 tbsp marjerin
2 1/4 tsp yis kering
3 tbsp gula 
1 1/3 cawan air suam

Cara penyediaan
1) campurkan air suam, gula dan yis kering. Kacau sekejap dan biarkan sebentar sehingga bancuhan yis berbuih.
2) dalam bekas berasingan satukan tepung roti, garam dan marjerin. Gaul dan ramas sehinga menjadi seperti serbuk (crumb)
3) buatkan lubang di tengah tepung.Masukkan bancuhan yis tadi  dan gaulkan dengan cara menarik tepung sedikit demi sedikit sehingga sedia untuk di uli.
4) uli sehingga doh menjadi agak licin dan rehatkan doh selama 30 minit atau sehingga naik kembang sekali ganda
5) bahagikan doh kepada 2 bahagian dan isikan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. 
6)  Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga naik kembang sekali ganda
7) bakar roti dengan suhu 180 C selama 20 minit
8) Roti siap dibakar, keluarkan dari oven dan terus sapukan dengan marjerin.

***Untuk rujukan boleh lihat video di bawah.



RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...