Sunday, 6 December 2015

Tempahan Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi Tomato, Pastri dan Kuih





Assalamualaikum  & Salam Sejahtera !

Terima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan dengan Nadhomebakery. Di bawah adalah antara tempahan yang telah diterima.  :)

Unteuk tempahan sila hubungi 017-6806468









Monday, 14 September 2015

Resepi Ayam Goreng RM1.00

Assalamualaikum !



Sejak akhir-akhir ini, menjadi satu kegilaan kepada anak-anak saya yang mengemari ayam goreng RM1.00 yang ada dijual di kawasan perumahan Bandar Tun Razak dan Bandar Sri Permaisuri. Saya ada seorang kenalan yang berniaga di Bandar Sri Permaisuri yang menjual Ayam Goreng RM1.00 dan selalu memerhatikan cara dia menyalut tepung. Sudah tentu lah bila ditanyakan resepi ayam gorengnya, hanya jawapan yang ringkas diberikan iaitu dia menggunakan tepung biasa sahaja.

Setahun yang lepas, saya mula mengetahui tentang ayam goreng yang dijual pada harga RM1.00. Saya tidak boleh nak bayangkan saiz ayam yang digoreng dan dijual pada harga RM1.00.. Iyalah selama ini saya kerap makan ayam yang digoreng ala-ala kfc, yang dijual di pasar malam. Saiz ayam goreng yang dijual di pasar malam besar dan rasa hampir seperti ayam goreng kfc. Di pasar malam juga lah muncul ayam goreng yang dijual pada harga RM1.00 atau RM1.50 tetapi ia nya hanyalah sekeping isi ayam yang diketuk untuk meleperkannya sebelum disalut tepung. Ayan goreng sebegini kurang digemari oleh anak-anak saya sehingga muncul Ayam Goreng RM1.00 ini.

Akhirnya saya buat ayam goreng sendiri, dan rasanya memang sama seperti yang dijual oleh kenalan saya. Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang memang tercari-cari resepi ayam goreng RM1.00 dan nak buatnya pun mudah sahaja. Jom kita check resepinya...............



Bahan-bahannya:-

Ayam 1/2 ekor (potong kecil bergantung kepada saiz yang anda suka) 
Telur 1 biji
Garam secukup rasa
Lada hitam / serbuk paprika  1/2 sudu
Tepung jagung       3 sudu besar
Gaul kesemua sekali dan perapkan 30 minit.








 

Bahan untuk campuran tepung salutan :-

Tepung Jagung  2 cawan
Tepung Beras   1/4 cawan
Tepung Gandum   1/4 cawan
Soda Bikarbonat  1 sudu teh
Lada Sulah Ajishio  (kebanyakan peniaga menggunakan serbuk lada sulah ini sebgai perasa, boleh juga gantikan dengan garam dan lada hitam)
Gaul semua sekali dan sedia utuk disalutkan kepada ayam
 



ketulan ayam yang telah siap di salut.

 
 
 
Goreng dalam minyak yang banyak.







Dah siap.....!!!












Selamat mencuba !!!




:)

Tuesday, 1 September 2015

Busy jer......!!!

Assalammualaikum dan Salam sejahtera :)



Lamanya tak update blog ni. Kesibukkan menyiapkan tempahan yang diterima membataskan masa untuk menghadap komputer. Ya la, dah ada blog kena la rajin-rajin update nanti orang ingat tak aktif pulak kan (hahaha....peringatan untuk diri sendiri sebenarnya !). Bila buka balik, baru nampak ada beberapa comment ditinggalkan untuk saya. Sorry la kerana tiada jawapan yang segera diberikan. Dah banyak kali niat nak tekad update blog setiap minggu, tapi niat tinggal niat jer. Hmmm.....baru tahu bukan senang nak jadi blogger yang sukses.

Saya ada terima pertanyaan yang ingin mengetahui dimanakah kedai saya. Sebenarnya kedai saya hanya di alam maya sahaja. Bisnes dijalankan sepenuhnya dari rumah. Sekarang ni nak sewa sebuah kedai memang mahal. Jangan katakan sebuah kedai, nak sewa ruang kecil dalam kedai pun agak mahal. Ini ditambah lagi dengan harga barang yang agak mahal sekarang ni. Jadi cara terbaik, saya perlu menjalankan bisnes ini dari rumah. 

Sebarang pertanyaan untuk tempahan, boleh lah terus call/sms/whatsap 0176806468, dan minta tolong sangat2 supaya sertakan nama sekali supaya mudah untuk saya save dalam phone saya. Ada beberapa orang yang mesej saya bertanyakan produk. Asyik bersoal jawab sampai saya tak teringat untuk bertanyakan nama mereka, akhirnya saya terlupa yang mana satu buat pertanyaan.

Ok lah setakat ini sahaja entri saya kali ini.  Jom lah kita cuci mata sikit tengok antara order yang telah saya terima. :)











Sunday, 21 June 2015

Tempahan Kuih-muih

Assalammualaikum !

Tempahan untuk kuih-muih dan lunch box di tutup sementara waktu  untuk memberi laluan kepada biskut raya. Sesiapa yang nak biskut raya boleh order sebelum 30 Jun.

Call/whatsapp 0176806468




 


Thursday, 7 May 2015

Tempahan Mini Bun Sosej Mayo & Sardine Puff

Assalammualaikum & Salam Sejahtera !

Hari ni baru perasan ada comment dan permintaan pada sebulan dua yang lepas untuk saya hubungi kembali. Minta maaf sangat2 sebab saya tak perasan, sebab blog ni saya tidak update setiap hari. Sebarang pertanyaan boleh terus call/whatsapp/sms/telegram 017-6806468. Jangan kecik hati tau !!! 

Okey ini adalah tenpahan roti dan puff yang saya terima dari Azlina. Dia request bun sosej mayo dan sardine puff tapi nak dalam size mini. Saya okey jer.....customer request saya tunaikan.

 MINI BUN SOSEJ MAYO

MINI SARDINE PUFF

:))


Friday, 1 May 2015

BLURRRR !!!!

Assalammualaikum & Salam sejahtera......

Hahaha....tajuk entri kali ini BLURRRR !!!...(bukan resepi ya ! ).memang blur sangat waktu ini. Tadi buka FB ingat nak share few photos tapi tak dapat nak upload dah dekat satu jam try tapi tak jadi....kenapa ? Biar je lah, nanti cuba lagi.

Jom la kita cuci mata sekejap....sebahagian hasil daripada aktiviti yang dijalankan di dapur ku.........







Saturday, 28 March 2015

RESEPI APAM POLKA DOT / CARTOON

Asslammualaikum & Salam Sejahtera !




Siapa yang tak suka apam polkadot ? Mesti suka nyer....Kalau tak suka pun tak mengapa buat-buat jer suka sebab entri kali ni nak citer pasal apam polkadot dan nak bagi resepi yang saya selalu guna untuk tempahan apam polkadot.

First time tahu apam polkadot ni tahun 2009....tengok blog sape ntah tak ingat la. First time makan tahun 2010 masa tu saya gi meeting AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) ada sorang sahabat tu bawak apam polkadot bagi semua orang rasa. Terus terang cakap saya memang tak suka apam polkadot mungkin sebab rasanya yang terlalu manis. Tapi bila tengok anak2 saya suka makan, saya terfikir nak cuba buat untuk anak2 saya. 

Saya mula mencari-cari resepi apam polkadot ni. Akhirnya saya terberkenan dengan resepi apam poldadot yang satu ni. Saya tak ingat siapa nama blogger ni tapi kalau dia terbaca, saya nak ucapkan banyak2 terimakasih sebab bagi resepi apam polkatdot yang terbaik ni. Dah banyak order saya dapat dan rata2 customer bagi feedback yang baik.

Jom kita tengok resepinya......mana la nak tahu kot2 ada sape2 yang masih mencari resepi apam polkatdot tu boleh cuba resepi ni. Apa2 pun kena selalu mencuba untuk dapatkan hasil yang baik. Resepi ni saya dah upgrade sikit bagi sesuai dengan tekak saya.....Heheheh !!!

APAM POLKADOT/CARTOON

Bahan-bahannya:-

Telur                          3 biji (saya guna gred B)
Gula Castor             220 gm
Tepung Gandum     275 gm
Susu Cair                 50 ml
Baking Powder       3 sk
Ovalette                   1 sk
Esen vanilla             1/2 sk
Garam                      1 sk
Filling Blueberry
Pewarna

Cara membuatnya :-

1) Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang dan warna nya jadi putih gebu.
2) Masukkan garam dan esen vanilla, pukul lagi hingga rata kesemuanya.
3) Tepung gandum yang telah dicampur dengan baking powder, masukkan berselang seli dengan susu cair dan pukul lagi hingga semuanya habis. 
4) Boleh la mula menghias ikut kreativiti masing2.

Tips : kena ingat ya kalau buat kuih2 yang berkukus ni api kena kuat dan pastikan kukusan cukup panas, baru dia naik cantik n gebu. Kukus apam ni dalam 10 minit jer tengok size tau. Yang saya selalu buat untuk tempahan size yang kecik2 tuuuu......sekali ngap jer.....heheheh !

Selamat mencuba !!!!





: ) : ) : )










Friday, 20 March 2015

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG style NADHOMEBAKERY



Assalammualaikum & Salam sejahtera !!!!!

Jangan terkejut ya.!!!......selalu update blog dengan tempahan yang diterima tapi kali ni buat entri pasal resepi pulak. Asam pedas yang saya buat ni ringkas aje ebih kurang macam yang lain-lain juga tapi beza nya resepi ni, ikan digoreng terlebih dahulu (ikut cara arwah mak masak). Keluarga saya memang suka asam pedas macam ini. Jom kita layan resepi nyer..........
 
Asam Pedas Ikan Kembong style Nadhomebakery

Bahan-bahan :

Ikan Kembong       3 ekor  (gaul garam kunyit)
Bawang besar        2 biji    }
Bawang putih         6 ulas   }   dikisar
Halia                          3 cm    }              
Cili kering kisar     5 sudu besar
Serai                         1 batang   di titik
Air                             3 cawan
Bendi                      10 biji
Tomato                    2 biji  belah 4
Daun kesum   segenggam
Bunga kantan sebatang
Air asam jawa 
Garam & gula secukup rasa



Cara memasak:

  1. Mula2 goreng ikan kembong yang telah di gaul dengan garam dan kunyit. Goreng tidak perlu garing…..agak-agak 3/4 masak sahaja.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia.
  3. Tumiskan bahan kisar bersama serai yang telah dititik/diketuk  dan cili kering yg telah dikisar. Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan air, biarkan ianya mengelegak baru masukan ikan yang telah digoreng, bendi, Bunga kantan, buah tomato, daun kesum, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.






Wednesday, 18 March 2015

TERIMA KASIH !!!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera !

Agak lama saya tidak update blog. Kesibukan menyiapkan tempahan dan mengasuh anak2 membataskan masa saya untuk kemaskini blog saya. Banyak customer bertanyakan di mana kedai saya. Di sini ingin saya maklumkan perniagaan ini beroperasi sepenuhnya dari rumah. Kedai saya hanya di alam maya sahaja....saya berangan ingin memiliki kedai sendiri untuk lebih memudahkan urusan perniagaan dan mengambil pekerja tapi apakan daya....huhuhu.....modal tak cukup lagi, sewa kedai mahal giler......

N3 kali ni bukan nak bersedih2 ya...saya nak ucapkan terimakasih kepada mereka yang telah membuat tempahan (Ini kira aku gabungkan semua sekali, nak update satu2 leceh la). 



Terimakasih kepada......

1.) Kak Mariatul.....order fruit tart.
2.) Zira.....order roti jala
3.) Nora.....order roti paun, serimuka, talam keladi, samosa dan roti bantal kari ayam
4.) Roslina....order creampuff
5.) Ikin....order creampuff dan cheese tart
6.) Intan.....order egg tart
7.) Zura....order creampuff, egg tart dan cheese tart
8.) Umi.....order nasi lemak, talam gula merah, puding roti, apam gula hangus dan roti jala
9.) Sue.....order karipap, sardin roll, seri muka, talam pandan, talam keladi dan roti jala
10.) Mizai.....order grilled chicken chop dan creampuff
11.) Rohaizat....order roti jala, kari ayam, bun sosej dan apam polkadot
12.) Sariah.....order set roti jala 

Antara gambar produk yang sempat diambil hmmm........










: ) : ) : )

Tuesday, 27 January 2015

TEMPAHAN CREAMPUFF

ASSALAMMUALAIKUM !

Ini adalah tempahan creampuff paling banyak yang saya terima ....750 biji ! Kalau yang pakar mungkin angka ini biasa sahaja tapi orang seperti saya yang masih baru adalah satu cabaran untuk saya membuatnya. Sebelum ini paling banyak creampuff yang pernah saya buat adalah 400 biji. Kenapa saya terima tempahan ini ?..... sebab ini lah peluang untuk saya menguji kemampuan saya untuk menyediakan jumlah yang lebih besar lebih2 lagi bisnes ini beroperasi sepenuhnya dari rumah dan pengalaman amat penting kepada saya. Sebelum ini saya banyak menerima pertanyaan tentang bisnes saya.....bila saya beritahu bisnes ini beroperasi sepenuhnya dari rumah, ramai yang tidak yakin kemampuan saya. Tak mengapa saya anggap ini sebagai cabaran untuk saya buktikan. Bukan tidak ingin membuka kedai sendiri tapi kerana kos sewa sesebuah kedai yang tinggi dan memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan di kedai membuatkan saya meneruskan operasi dari rumah. 

Terimakasih kepada Pn Rose dari Restoran Puteri Penchala kerana sudi membuat tempahan dengan Nadhomebakery. 


  
Ini adalah sebahagian dari 750 biji creampuff yang sempat saya ambil gambar.


 : )  : )  : )



TEMPAHAN UNTUK LUNCH BOX

Assalammualaikum !

N3 kali ni nak umumkan menu untuk lunch box yang telah dikemaskinikan. Selain buat roti, pastri dan kuih-muih, saya ada sediakan set lunch box. Bisnes ini beroperasi dari rumah, buat masa sekarang tak ada kedai tapi jangan risau masakan insyaallah sedap.......!!!. Seperti biasa, order bole buat awal sehari untuk memudahkan saya menyediakan bahan dan jadual kerja. Untuk produk yang lain seperti pelbagai bun, pastri dan kuih, tempahan perlu dibuat awal 3 hari, bukan apa supaya senang nak selaraskan waktu kerja supaya dapat menghasilkan produk yang baik. Sila call/whatapps/sms seperti no yang tertera di dalam menu tu. 





:) :) :)


Wednesday, 14 January 2015

TEMPAHAN LUNCH BOX

Asssalammualaikum & Salam 1 Malaysia !

Tempahan yang diterima dari Az (Perpustakaan Negara Malaysia). Az order chicken chop / lamb chop / mushroom soup.......







Tempahan dari Affendy (MIT Insurance Brokers). Affendy order set Nasi Tomato.....ada nasi tomato, ayam masak merah, acar rampai, kuah kurma dan kuih talam sebagai pencuci mulut.

 

Terimakasih kerana sudi membuat tempahan dengan nadhomebakery. (Lainkali order la lagi).

:) :) :)




.



TEMPHAN KUIH-MUIH, ROTI, PASTRI DAN LUNCH BOX

Nadhomebakery masih menerima tempahan untuk kuih-muih, roti, pastri dan lunch box. Terimakasih kepada yang telah membuat tempahan dengan sa...