Semalam singgah kedai runcit dekat rumah ternampak ada jual ubi kayu. Selalunya tak pernah ada, tiba-tiba tekak terasa nak makan kuih-kuih basah. Kebetulan ada customer order request kuih talam ubi. Apalagi saya beli 1 kg ubi kayu. Dengan bersemangatnya saya kembali ke rumah dan mencari resepi kuih talam ubi yang saya pelajari dari kelas Chef Asma. Tapi hampa sebab nota dah hilang....huhuhu ! Saya terus google resepi talam ubi, akhirnya saya jumpa beberapa resepi kuih talam ubi ni. Rancangan asal nak buat Talam Ubi Gula merah tapi tak jadi sebab gula merah tak ada....huhuhu lagi !
Akhirnya saya nekad untuk redah saja buat kuih talam ni, jadi ke tak jadi belakang kira. Untuk lapisan bawah sukatan saya buat sendiri,.
Bahan untuk lapisan bawah
gula pasir 300 gm
ubi kayu 1 kg parut, perah buang airnya (tak timbang selepas parut)
santan cair 300 ml
sedikit garam
pewarna kuning
campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak atas api sehingga agak likat. lepas tu masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan minyak. Kukus selama 25 minit. (next time kena tambah tepung jagung sikit)
Bahan untuk lapisan atas (sumber rujukan: Blog Mat Gebu)
santan pekat 600 ml
tepung gandum 40 gm
tepung beras 70 gm
Garam
Masukkan semua bahan (saya tak tapis pon terus masak atas api. Kacau sampai berwap dan tutup api. Tuangkan keatas lapisan bawah. Kukus lagi 25 minit.
Hasil nya.......
Hehehe.... nampak comot sikit. Ok la tu , nak makan sendiri kan tapi rasanya memang sedap.
: P
Thursday, 3 March 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...
-
Assalammualaikum ! N3 kali ni nak tunjuk resepi samosa yang menjadi favourite saya. Kebiasaannya saya buat samosa samada untuk tempahan ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...
-
Dari dapur #WarisanMakHa, kami bawakan; 1. Ketupat Palas (frozen) (asli, jagung atau kacang) Berat : 1 kilogram (ada dala...
1 comment:
Assalam...
Sedap tu talam ubi... sy pun suka. Tapi bab nak memarut ubi yang paling bercinta... hihi...
Post a Comment