Salam semua.
Agak lama saya tidak menulis resepi. Kekangan waktu dalam menyiapkan tempahan membataskan masa saya untuk membuka blog dan fb. Sedikit masa yang terluang ini saya gunakan untuk menulis resepi.
Resepi donut ni dah lama saya nak kongsikan tetapi hanya tersimpan dalam draft sahaja. Donut adalah kuih pertama yg sy praktis dan belajar melalui mak mertua saya dan chef di kelas hujung minggu dan juga dari permerhatian resepi2 di internet. Hasilnya inilah resepi donut yg sy gunakan untuk berniaga.
Ramai yg tertanya-tanya kenapa donut saya lembut hingga ke petang dan rasanya tidak mual. Tiada rahsia sebenarnya. Resepi saya hampir sama dengan resepi-resepi donut yg ada di internet. Yang membezakan hanya sukatan dan teknik digunakan.
sumber resepi : nadhomebakery
Bahan-bahan (45 ke 55 biji)
tepung gandum 1kg
marjerin 3 sb
susu tepung 3 sb
yis kering 30gm
telur 2 biji
gula 3 sb
sedikit garam
esen vanilla
air 500gm
cara membuatnya
1) masukkan garam dan marjerin ke dalam tepung. gaul sebati. (saya ramas dengan jari sahaja atau boleh putarkan dulu ke dalam mixer)
2) dalam bekas berasingan, masukkan yis kering dan gula ke dalam air. bancuh dan biarkan sebentar sehingga yis mula mengembang
3) masukkan bancuhan yis, telur dan esen vanilla ke dalam tepung. (boleh uli dengan tangan atau gunakan mixer).
4) uli sehingga doh jd lembut.
5) rehatkan doh 15 minit dan boleh mula bentukkan doh menjadi bebola mengikut saiz donut yg anda suka. Saya suka donut yg sederhana tidak terlalu kecil atau besar.
6) goreng sehingga warna keperangan.
7) masa donut masih suam suam panas boleh terus golekkan ke dalam gula castor. (saya suka makan donut ketika masih panas)
Selamat mencuba ya. Ikhlas dari saya :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...
-
Assalammualaikum ! N3 kali ni nak tunjuk resepi samosa yang menjadi favourite saya. Kebiasaannya saya buat samosa samada untuk tempahan ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...
-
Dari dapur #WarisanMakHa, kami bawakan; 1. Ketupat Palas (frozen) (asli, jagung atau kacang) Berat : 1 kilogram (ada dala...
No comments:
Post a Comment