Tuesday 27 January 2015

TEMPAHAN UNTUK LUNCH BOX

Assalammualaikum !

N3 kali ni nak umumkan menu untuk lunch box yang telah dikemaskinikan. Selain buat roti, pastri dan kuih-muih, saya ada sediakan set lunch box. Bisnes ini beroperasi dari rumah, buat masa sekarang tak ada kedai tapi jangan risau masakan insyaallah sedap.......!!!. Seperti biasa, order bole buat awal sehari untuk memudahkan saya menyediakan bahan dan jadual kerja. Untuk produk yang lain seperti pelbagai bun, pastri dan kuih, tempahan perlu dibuat awal 3 hari, bukan apa supaya senang nak selaraskan waktu kerja supaya dapat menghasilkan produk yang baik. Sila call/whatapps/sms seperti no yang tertera di dalam menu tu. 





:) :) :)


Wednesday 14 January 2015

TEMPAHAN LUNCH BOX

Asssalammualaikum & Salam 1 Malaysia !

Tempahan yang diterima dari Az (Perpustakaan Negara Malaysia). Az order chicken chop / lamb chop / mushroom soup.......







Tempahan dari Affendy (MIT Insurance Brokers). Affendy order set Nasi Tomato.....ada nasi tomato, ayam masak merah, acar rampai, kuah kurma dan kuih talam sebagai pencuci mulut.

 

Terimakasih kerana sudi membuat tempahan dengan nadhomebakery. (Lainkali order la lagi).

:) :) :)




.



Saturday 3 January 2015

RESEPI KULIT SAMOSA

Assalammualaikum !


N3 kali ni nak tunjuk resepi samosa yang menjadi favourite saya. Kebiasaannya saya buat samosa samada untuk tempahan atau makan sendiri menggunakan kulit popia segera. Hasil daripada penggunaan kulit popia segera ini, samosa memang ranggup tapi selepas dua jam samosa menjadi sedikit liat. Saya terfikir adakah cara untuk membuat samosa kekal ranggup selepas beberapa jam, jadi bermula lah pencarian untuk resepi atau tip mengenai kulit samosa. Pencarian ini membawa saya ke Xawaash.com.  Di sini ditunjukkan cara-cara membuat kulit samosa yang ranggup. Terimakasih kepada penyumbang resepi ini, Hasilnya memang memuaskan hati saya....rasanya lebih sedap dan keranggupannya tahan lebih lama. Jom kita tengok resepi dan cara membuatnya.


SAMOSA

bahan-bahannya (untuk kulit samosa)

- 2 cawan tepung
- 1/4 tsp garam
- 2 sudu besar minyak canola / sayuran (saya cuma guna minyak masak biasa)
- 3/4 cawan air 
- 1 sudu besar minyak (untuk disapu atas setiap lapisan kulit samosa)

cara-cara membuatnya,

masukkan tepung, garam, minyak dan air ke dalam mangkuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh dalam 1/2 jam.

bahagikan doh kepada 6 bahagian, bulatkan. Gelek doh sehingga berdiameter 8 inci (yang ni saya agak2 sahaja tak sukat betul2 pun). lepas tu sapukan sedikit minyak dan tabur sedikit tepung....buat sehingga habis 6 bahagian doh tadi dah lapiskan. setelah dilapiskan tekan dihujung doh yang telah kita lapiskan (jangan tekan kuat sangat memadai sahaja untuk melekatkannya). Lepas tu kita gelek lagi doh yang telah dilapiskan sehingga berdiameter 12 inci (agak2 saja). Panaskan kuali leper dan masak sekejap diatas kuali dengan api sederhana. Bila nampak warna da berubah balikkan doh. Masak dalam 2 minit aje. Angkat dan potong doh tadi kepada 4 bahagian dan boleh lah di tarik sekeping2 seperti kulit popia.

Insyaallah, jika ada kesempatan saya akan upload step by step untuk membuat samosa. Masih banyak yang perlu diperbaiki.



Jom layan tengok video cara membuatnya dari membuat doh hingga cara-cara melipat samosa !

Selamat mencuba !!!

2 cups (280 g)                              Flour
¼ tsp (1.25 mL)                            Salt
2 Tbsp (30 mL)                             Canola or vegetable oil
¾ cup (178 mL)                            Water
1 Tbsp (15 mL)                             Canola oil for layering the dough
- See more at: http://xawaash.com/?p=3412#sthas
2 cups (280 g)                              Flour
¼ tsp (1.25 mL)                            Salt
2 Tbsp (30 mL)                             Canola or vegetable oil
¾ cup (178 mL)                            Water
1 Tbsp (15 mL)                             Canola oil for layering the dough
- See more at: http://xawaash.com/?p=3412#sthash.DhA

TEMPAHAN KOLE KACANG, TALAM KELADI DAN TALAM CENDOL

Assalammualaikum !!!

Ini adalah antara tempahan kuih talam untuk Kak Limah (dari mana terlupa nak tanya.....cuma tahu dia kerja di Sunway Hospital). Kak Limah order 3 kole kacang, 1 talam keladi dan 1 talam cendol.





Terimakasih Kak Limah kerana sudi membuat tempahan dengan Nadhomebakery. :)




.

Friday 5 December 2014

Tempahan Roti, Lunch Box & Kuih-Muih

Assalmammualaikum & salam sejahtera.....

Minggu ini schedule aku memang penuh dengan tempahan. Terimakasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah membuat tempahan antaraya Ms. Lee, Kak Mariaton of MPIB, Fadillah of SME Corp, Anith Of PPUKM, Nora of Keramat AU2 dan Kak Kasidah. Terimakasih diatas kesudian anda semua yang sudi memberi peluang kepada Nadhomebakery.

Lenkali order lagi ekkkk !!!!!!!

 Antara gambar yg sempat aku amik........












 : )  : )  : )



Saturday 15 November 2014

TEMPAHAN ROTI PAUN, ROTI SARANG LEBAH DAN KUIH TALAM

Assalammualaikum & salam sejahtera........

Hari ni nak update kerja yang kita buat dua tiga hari lepas sampai tak tidur malam  dibuatnya.....

 Antara yang sempat aku ambil gambo..............

tempahan bun sosej 400 biji dari Ms. Lee, first time terima order besar......alhamdullilah  berjaya siapkan !!!


Order from Kolej Islam Antarabangsa ialah Roti Bantal (gambo xde) dan roti sarang lebah (gambo kat bawah ekk..)
 

.....yang ni lak order dari Putri dari Ampang. Dia order serimuka, talam keladi n kuih kaswi  untuk dua hari berturut2. TQ



Fruit Tart........order dari Zila (adik ipar).....alahai tak berseri la xde stoberi tapi nak wat camner cari stoberi yang elok payah beno nak dapat.....








Yang ni pulak order dari En. Jaep (jiran selang dua lorong dari umah aku ) Dia order talam keladi dengan lapis pelangi. Aku cuma sempat ambik gambar kuih lapis jer......




Terimakasih kepada yang telah membuat tempahan dengan Nadhomebakery !!!!







: )

Saturday 8 November 2014

Akhirnya Berjaya !!!!.................Tempahan Kuih Talam & Samosa

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Hari ini aku berjaya menyiapkan tempahan kuih talam sebanyak 12 loyang dan 200 biji samosa vege. Bukan senang nak sediakan,....tambahan lagi aku tidak pernah menerima tempahan kuih talam sebamyak ini. Ala selalu takat 2 atau 3 talam jerrrrrrrrrr............ 

Ini antara gambar yang sempat aku ambil.........






Terimakasih kepada Nurul dari Cheras yang sudi menempah kuih talam dan samosa ngan aku untuk majlis resepsi perkahwinan beliau.





:)

RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...