Thursday 28 February 2013

Tepung Talam Gandum

(sumber : daridapurmaisya.blogspot.com)

Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.

* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.


Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
(Komen Saya : - Resepi tepung talam ni copy/paste dari blogger 'daridapurmaisya' sukatan yang diberikan cukup untuk tray saiz 10" x  10". Rasa manisnya cukup tidak terlalu manis dan kejadian kuih pun cantik, jika ada air bertakung jangan risau boleh guna kertas kitchen towel untuk membuang lebihan air.)

3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih ya...mudah dh nampak sedap..boleh la sya cuba...

anakmudamelayu said...

Sedap niee..

Unknown said...

Kuih tradisional....mst sedp kan

RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...