Showing posts with label tempahan. Show all posts
Showing posts with label tempahan. Show all posts

Sunday 6 December 2015

Tempahan Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi Tomato, Pastri dan Kuih





Assalamualaikum  & Salam Sejahtera !

Terima kasih kepada para pelanggan yang telah membuat tempahan dengan Nadhomebakery. Di bawah adalah antara tempahan yang telah diterima.  :)

Unteuk tempahan sila hubungi 017-6806468









Thursday 7 May 2015

Tempahan Mini Bun Sosej Mayo & Sardine Puff

Assalammualaikum & Salam Sejahtera !

Hari ni baru perasan ada comment dan permintaan pada sebulan dua yang lepas untuk saya hubungi kembali. Minta maaf sangat2 sebab saya tak perasan, sebab blog ni saya tidak update setiap hari. Sebarang pertanyaan boleh terus call/whatsapp/sms/telegram 017-6806468. Jangan kecik hati tau !!! 

Okey ini adalah tenpahan roti dan puff yang saya terima dari Azlina. Dia request bun sosej mayo dan sardine puff tapi nak dalam size mini. Saya okey jer.....customer request saya tunaikan.

 MINI BUN SOSEJ MAYO

MINI SARDINE PUFF

:))


Tuesday 27 January 2015

TEMPAHAN CREAMPUFF

ASSALAMMUALAIKUM !

Ini adalah tempahan creampuff paling banyak yang saya terima ....750 biji ! Kalau yang pakar mungkin angka ini biasa sahaja tapi orang seperti saya yang masih baru adalah satu cabaran untuk saya membuatnya. Sebelum ini paling banyak creampuff yang pernah saya buat adalah 400 biji. Kenapa saya terima tempahan ini ?..... sebab ini lah peluang untuk saya menguji kemampuan saya untuk menyediakan jumlah yang lebih besar lebih2 lagi bisnes ini beroperasi sepenuhnya dari rumah dan pengalaman amat penting kepada saya. Sebelum ini saya banyak menerima pertanyaan tentang bisnes saya.....bila saya beritahu bisnes ini beroperasi sepenuhnya dari rumah, ramai yang tidak yakin kemampuan saya. Tak mengapa saya anggap ini sebagai cabaran untuk saya buktikan. Bukan tidak ingin membuka kedai sendiri tapi kerana kos sewa sesebuah kedai yang tinggi dan memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan di kedai membuatkan saya meneruskan operasi dari rumah. 

Terimakasih kepada Pn Rose dari Restoran Puteri Penchala kerana sudi membuat tempahan dengan Nadhomebakery. 


  
Ini adalah sebahagian dari 750 biji creampuff yang sempat saya ambil gambar.


 : )  : )  : )



Saturday 3 January 2015

TEMPAHAN KOLE KACANG, TALAM KELADI DAN TALAM CENDOL

Assalammualaikum !!!

Ini adalah antara tempahan kuih talam untuk Kak Limah (dari mana terlupa nak tanya.....cuma tahu dia kerja di Sunway Hospital). Kak Limah order 3 kole kacang, 1 talam keladi dan 1 talam cendol.





Terimakasih Kak Limah kerana sudi membuat tempahan dengan Nadhomebakery. :)




.

Friday 5 December 2014

Tempahan Roti, Lunch Box & Kuih-Muih

Assalmammualaikum & salam sejahtera.....

Minggu ini schedule aku memang penuh dengan tempahan. Terimakasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah membuat tempahan antaraya Ms. Lee, Kak Mariaton of MPIB, Fadillah of SME Corp, Anith Of PPUKM, Nora of Keramat AU2 dan Kak Kasidah. Terimakasih diatas kesudian anda semua yang sudi memberi peluang kepada Nadhomebakery.

Lenkali order lagi ekkkk !!!!!!!

 Antara gambar yg sempat aku amik........












 : )  : )  : )



Saturday 8 November 2014

Akhirnya Berjaya !!!!.................Tempahan Kuih Talam & Samosa

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Hari ini aku berjaya menyiapkan tempahan kuih talam sebanyak 12 loyang dan 200 biji samosa vege. Bukan senang nak sediakan,....tambahan lagi aku tidak pernah menerima tempahan kuih talam sebamyak ini. Ala selalu takat 2 atau 3 talam jerrrrrrrrrr............ 

Ini antara gambar yang sempat aku ambil.........






Terimakasih kepada Nurul dari Cheras yang sudi menempah kuih talam dan samosa ngan aku untuk majlis resepsi perkahwinan beliau.





:)

Wednesday 5 November 2014

Tempahan Creampuff, kuih talam, karipap, fruit tart, cistat, roti bantal & kuih bakar.

Assalammualaikum & salam sejahtera. Hari ni baru ada peluang nak update blog setelah selesai membuat penghantaran tempahan roti bantal. Apa2 pun kepada mereka yang telah membuat tempahan..... terima kasih daun keladi lainkali order lagi eekkk !!! 

Ini antara gambar 2 yang sempat aku ambil sebelum dihantar.....yang lain2 tu tak sempat nak ambil gambar ponnnn.






















:)













Saturday 27 September 2014

TEMPAHAN ROTI & KUIH

Assalammualaikum  dan Salam sejahtera!!!!.......

Dua hari ni memang sibuk sungguh menyiapkan tempahan. Kebetulan malam ni free teringat lak nak update blog ni.......kalau bole tak nak la tinggalkan blog ni lama2 macam sebelum ni. 

Antara produk Nadhomebakery yang mula mendapat sambutan ialah ROTI BANTAL !  Roti ni yang special nya kat dalam roti ada kari ayam/kambing. Cara-cara nak makan bole tengok gambar kat bawah ni. Kalau ada yang berminat boleh order sebab roti ni hanya dibuat ikut tempahan sahaja. Boleh call/whatsapp/sms dengan saya.








HARGA ROTI BANTAL (GOLDEN PILLOW)
KARI AYAM  RM 7.00  / KARI KAMBING RM 9.00
(minimum order 5 biji roti bantal)
(Delivery setiap hari Rabu dan Jumaat)

 Okay......kat bawah ni adalah antara tempahan yang diterima dan yang sempat ditangkap gambo nyerrrrr........yang lain2 terlupa nak amik la.........Terimakasih kepada mereka yang telah membuat tempahan dengan Nadhomebakery.
































RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...