Salam semua.
Agak lama saya tidak menulis resepi. Kekangan waktu dalam menyiapkan tempahan membataskan masa saya untuk membuka blog dan fb. Sedikit masa yang terluang ini saya gunakan untuk menulis resepi.
Resepi donut ni dah lama saya nak kongsikan tetapi hanya tersimpan dalam draft sahaja. Donut adalah kuih pertama yg sy praktis dan belajar melalui mak mertua saya dan chef di kelas hujung minggu dan juga dari permerhatian resepi2 di internet. Hasilnya inilah resepi donut yg sy gunakan untuk berniaga.
Ramai yg tertanya-tanya kenapa donut saya lembut hingga ke petang dan rasanya tidak mual. Tiada rahsia sebenarnya. Resepi saya hampir sama dengan resepi-resepi donut yg ada di internet. Yang membezakan hanya sukatan dan teknik digunakan.
sumber resepi : nadhomebakery
Bahan-bahan (45 ke 55 biji)
tepung gandum 1kg
marjerin 3 sb
susu tepung 3 sb
yis kering 30gm
telur 2 biji
gula 3 sb
sedikit garam
esen vanilla
air 500gm
cara membuatnya
1) masukkan garam dan marjerin ke dalam tepung. gaul sebati. (saya ramas dengan jari sahaja atau boleh putarkan dulu ke dalam mixer)
2) dalam bekas berasingan, masukkan yis kering dan gula ke dalam air. bancuh dan biarkan sebentar sehingga yis mula mengembang
3) masukkan bancuhan yis, telur dan esen vanilla ke dalam tepung. (boleh uli dengan tangan atau gunakan mixer).
4) uli sehingga doh jd lembut.
5) rehatkan doh 15 minit dan boleh mula bentukkan doh menjadi bebola mengikut saiz donut yg anda suka. Saya suka donut yg sederhana tidak terlalu kecil atau besar.
6) goreng sehingga warna keperangan.
7) masa donut masih suam suam panas boleh terus golekkan ke dalam gula castor. (saya suka makan donut ketika masih panas)
Selamat mencuba ya. Ikhlas dari saya :)
Saturday, 20 July 2019
Tuesday, 19 February 2019
TEMPAHAN CREAMPUFF
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terimakasih kepada yang telah membuat tempahan dengan nadhomebakery.
Teruskan memberi sokongan kepada team nadhomebakery.
Terimakasih kepada yang telah membuat tempahan dengan nadhomebakery.
Teruskan memberi sokongan kepada team nadhomebakery.
Friday, 11 January 2019
RESEPI NASI PADPRIK
RESEPI NASI PADPRIK
(sumber: koleksi nadhomebakery)
Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam (potong saiz kecil)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili akar
1/2 cawan minyak
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos 1 batang carrot
1/4 bunga kobis
4 batang kacang panjang
5 - 7 helai daun limau
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung
Cara memasak:-
Panaskan kuali dan tuangkan minyak
masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dipotong ke dalam kuali. tumis sebentar.
masukkan cili akar yang telah diketuk dan cili kisar. gaul rata.
masukkan sos cili, sos tiram. gaul rata
masukkan ayam, carrot, bunga kobis yang telah dipotong kecil.
masukkan air dan masak sehingga mengelegak.
masukkan kacang panjang yang telah dipotong.
Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Tujuannya untuk memekatkan kuah.
kacau sehingga sebati dan kuah mula kelihatan sedikit pekat.
angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba !!!
RESEPI KUIH BAKAR
(sumber: koleksi nadhomebakery)
Bahan-bahan:-
3 biji telur
3/4 cawan gula
2 cawan tepung gandum
3 1/4 santan
2 sb marjerin (dicairkan)
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau
perisa pandan
Cara membuatnya:-
Pukul telur, gula, marjerin hingga kembang atau gula sebati.
masukkan tepung, santan, garam, pewarna hijau dan perisa pandan. pukul lagi hingga semua sebati.
Panaskan oven pada suhu 180
bakar antara 30 - 40 minit
Selamat mencuba !!!
Saturday, 1 September 2018
Tempahan Roti Paun Bulat........kembali lagi
Alhamdullillah.......Roti Paun Bulat kembali lagi. Terimakasih kepada yang telah membuat tempahan.
Ada tiga pilihan rasa.......1) kosong manis
2) coklat chocolate chip
3) pandan kismis.
Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh hubungi di no. tel. 014-3106468.
Sunday, 1 April 2018
TEMPAHAN KETUPAT DAUN PALAS, RENDANG DAN SERUNDING 2018
Sempena dengan bulan Ramadan dan diikuti bulan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, sy menerima tempahan awal (pre-order) untuk ketupat daun palas , pelbagai rendang. dan serunding. Hanya perlu call/sms/whatsapp 017-6806468
Senarai harga
KETUPAT PALAS ASLI RM1.00
KETUPAT PALAS JAGUNG RM1.30
KETUPAT PALAS KACANG RM 1.30
KETUPAT PALAS SERUNDING RM1.80
PULUT KUNING 1 KILO (MAKAN 10 - 12 ORG) RM35
RENDANG AYAM 1 EKOR RM50
RENDANG DAGING 1 KILO RM60
RENDANG TOK 1 KILO RM70
RENDANG KERANG 1 KILO RM60
RENDANG CAMPUR (DAGING, HATI, LIMPA & PARU) RM50
Delivery boleh dirunding.
Self pick up di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
KETUPAT PALAS ASLI RM1.00
KETUPAT PALAS JAGUNG RM1.30
KETUPAT PALAS KACANG RM 1.30
KETUPAT PALAS SERUNDING RM1.80
PULUT KUNING 1 KILO (MAKAN 10 - 12 ORG) RM35
RENDANG AYAM 1 EKOR RM50
RENDANG DAGING 1 KILO RM60
RENDANG TOK 1 KILO RM70
RENDANG KERANG 1 KILO RM60
RENDANG CAMPUR (DAGING, HATI, LIMPA & PARU) RM50
Delivery boleh dirunding.
Self pick up di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Sunday, 22 October 2017
TEMPAHAN KUIH MUIH - CREAMPUFF
Tempahan CREAMPUFF dibuka sepanjang tahun.
Sesuai untuk.dijamukan di pelbagai majlis keraian.
Harga yang amat berpatutan.
RM 25 / 50 biji (cream kastard)
RM 30 / 50 biji (jagung)
Untuk tempahan call/WhatsApp 0176806468
Subscribe to:
Posts (Atom)
RESEPI ROTI PUTIH [ teknik asas pembuatan roti ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...
-
Assalammualaikum ! N3 kali ni nak tunjuk resepi samosa yang menjadi favourite saya. Kebiasaannya saya buat samosa samada untuk tempahan ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ROTI PUTIH (WHITE BREAD) .....siapa yang tidak suka? Roti putih seperti roti Gardenia sememangnya menj...
-
Dari dapur #WarisanMakHa, kami bawakan; 1. Ketupat Palas (frozen) (asli, jagung atau kacang) Berat : 1 kilogram (ada dala...