Assalammualaikum & Salam sejahtera !!!!!
Jangan terkejut ya.!!!......selalu update blog dengan tempahan yang diterima tapi kali ni buat entri pasal resepi pulak. Asam pedas yang saya buat ni ringkas aje ebih kurang macam yang lain-lain juga tapi beza nya resepi ni, ikan digoreng terlebih dahulu (ikut cara arwah mak masak). Keluarga saya memang suka asam pedas macam ini. Jom kita layan resepi nyer..........
Asam Pedas Ikan Kembong style Nadhomebakery
Bahan-bahan :
Ikan Kembong 3 ekor
(gaul garam kunyit)
Bawang besar 2 biji }
Bawang putih 6 ulas
} dikisar
Halia 3 cm }
Cili kering
kisar 5 sudu besar
Serai 1 batang di titik
Air 3 cawan
Bendi 10 biji
Tomato 2 biji belah 4
Daun kesum segenggam
Bunga kantan
sebatang
Air asam jawa
Garam & gula
secukup rasa
Cara memasak:
- Mula2 goreng ikan kembong
yang telah di gaul dengan garam dan kunyit. Goreng tidak perlu
garing…..agak-agak 3/4 masak sahaja.
- Kisar bawang besar, bawang
putih, halia.
- Tumiskan bahan kisar bersama
serai yang telah dititik/diketuk
dan cili kering yg telah dikisar. Tumis hingga garing dan pecah
minyak.
- Masukkan air, biarkan ianya
mengelegak baru masukan ikan yang telah digoreng, bendi, Bunga kantan,
buah tomato, daun kesum, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.